Assalamualaikum w.b.t.
Nampak sedapkan cendol kat atas tu??
Bagi saya yang sememangnya penggemar cendol tegar memang sedap sangat rasanya. Kalau pergi mana-mana mesti akan cari dessert ni. Masa bercuti di Taiping hari tu sempat terjah Restoran Ansari Famous Cendol. Kami pergi dua hari berturut-turut, hari sabtu pergi pada pukul 4.00 petang dan hari ahad sekitar jam 11.30 pagi.
Masa kami di situ pelanggan datang bertali arus, kiranya kerusi sentiasa berpenghuni. Macam kat atas tu kita belum habis makan lagi dah ada orang berdiri disebelah. Kiranya nak cop siap-siap kerusi yang kita duduk tu. Kalau bangun je dari kerusi tu mesti ada yang duduk, kiranya jangan ada hasrat untuk lepak-lepak dan sembang-sembang di situ. Order>>> makan >>> bayar>>> terus blah.
Nah... ini gambar dari luar restoran pulak, pelanggan berdiri dengan selamba je di tepi meja. Kalau nak menikmati cendol ni perlu ada tahap kesabaran yang tinggi dan tebalkan muka. Pertama sabar untuk menunggu dan kedua tebalkan muka untuk tanya 'kerusi ni ada orang ke?'
Yang ni pulak suasana ditempat cendol disediakan, kiranya ada pelanggan yang beratur untuk beli bungkus. Hubby tengah tunggu pekedai tu pulangkan duit baki.
Makanan yang ada hanyalah rojak sahaja. Masa hari pertama rojak ni dah habis, hari kedua baru dapat rasa. Hubby kata sedap, pada saya biasa-biasa je sebab rojak Mastan Ghani di Teluk Intan lagi sedap.
Pandangan luar restoran, kalau anda ke Taiping jangan lupa singgah di restoran ni. In Shaa Allah kalau ada rezeki dan kelapangan pasti saya akan kembali ke sini lagi.
No comments:
Post a Comment