MY IKLAN

MY IKLAN

Thursday, April 2, 2015

Hotel Taiping Perdana

 Assalamualaikum w.b.t

Secara keseluruhannya 3 bintang untuk Hotel Taiping Perdana. Kami menginap di Standard Room je sebab masa hubby booking bilik ini je yang available. Ada 2 katil supersingle (memang kecik le pada aku). Masa kami berehat sebentar dalam bilik, ariq terjatuh dari atas katil, lebih malang kemasan lantai adalah dari jenis jubin, jadi benjol le dahinya. Itu yang terpaksa keluar pergi cari dan beli Narita, mama taknak pisang berbuah dua kali. Bilik air ok, hubby suka kepala shower. (Nanti mesti dia pergi cari kepala shower macam tu). Tiada freezer disediakan dalam bilik kami. Paling suka sejadah disediakan dan arah kiblat ditunjukkan dengan jelas. Bukannya apa kadang-kadang jenuh cari arah kiblat dlm bilik hotel kerana petunjuk diletakkan ditempat yang agak tersembunyi. Tapi sekarang ni orang dah tak kisah sebab boleh gunakan telefon bimbit untuk dapatkan arah kiblat yang betul. Lagi satu seterika dan tempatnya disediakan dalam bilik, jadi takdelah susah-susah cari tempat gosok baju.


Tempat parking bawah tanah agak terhad, tapi alhamdulillah kami memang dapat letakkan kereta di situ. Kelihatan banyak kereta yang dipakir di petak yang disediakan di luar kawasan hotel. Menu makan pagi  yang disediakan rasanya biasa-biasa saje. Tidak banyak pilihan dan hubby komen takde sambal. Biasanya kalau untuk makan pagi akan ada menu nasi lemak, tapi di sini tiada. Hubby suka makanan pedas jadi kalau makanan tu tak pedas wajib ada sambal sebagai penambah perisa. Alif kena bayar RM 12.00 manakala Aqil dengan Ariq free of charge.


Lepas je makan pagi kami terus ke kolam renang (sepatutnya tak boleh mandi lepas makan tapi belasah je la). Saiz kolam agak kecil, bila budak besar melompat habis air terpercik pada semua orang. Dari aspek layanan pula, masa check out ada insiden berlaku yang menimbulkan kemarahan. Jadi staff di kaunter tu kena le sedas tembakan daripada aku. Memang tak suka nak marah-marah ni tapi apakan daya bila kesabaran di tahap paling minima.

 Nota: Semua foto diambil dari google



    No comments: