MY IKLAN

MY IKLAN

Thursday, April 2, 2015

Be Careful With My Heart Musim Ke-2


 Assalamualaikum w.b.t

Macam mana ni, pukul 3 waktu kerja mana boleh duduk di ruang menunggu semata-mata nak layan citer ni. Tak pasal-pasal dapat STS pulak karang. Kalau duduk sebelah telefonis macam tak logik le pulak, duduk sejam kat situ macam le kat dalam bilik sendiri takde telefon. Huhuhu rumah kat sini internet takde, astro lagi le takde. Nak tak nak hujung minggu baru boleh layan kat rumah Sungai Dua. 

Musim pertama dulu, tertengok cerita ni masa cuti bersalin. Bila dah tonton drama bersiri mesti nak tengok dan terus nak tengok. Bila dah mula bekerja, setiap malam selepas selesai semua kerja wajib mengadap laptop semata-mata nak layan cerita ni di tonton.

Suka drama ni sebab banyak benda positif yang ditonjolkan. Watak utama, Maya de la rosa yang sangat positif, baik hati, penyayang, bertangungjawab dan banyak lagi. Lagu untuk drama ini pun best.Agak-agak apa la konflik yang akan berlaku pada musim kali ini. Tak pe la.. sabar..sabar... petang ni balik Sg Dua, boleh layan episod pertama malam nanti.


    No comments: