MY IKLAN

MY IKLAN

Wednesday, April 1, 2015

Jalan-Jalan Di Taiping

Assalamualaikum w.b.t

Hujung minggu lepas berkesempatan meluangkan masa bersama anak-anak. Idea timbul pada hari isnin, 23 Mac 2015 setelah merasakan anak-anak terabai sejak bulan januari berikutan mama terlalu sibuk sempena majlis seperti di entry sebelum ni. Bila bagitau je pada Hubby, dia terus setuju. Inginkan percutian yang singkat dan dekat tapi bernilai. Sebelum ni memang pernah ke taiping tapi balik hari sahaja. Kali ini putuskan untuk bermalam, kononnya nak menjelajah tempat-tempat menarik di bandar warisan ini. 


Tindakan pertama adalah cari hotel yang best kat taiping. Kriteria utama adalah hotel tersebut mesti ada kolam renang ataupun tempat mandi manda. Selepas baca review dan beberapa blog, tertarik dengan Sentosa Villa, malangnya status: penuh. Pastu terjah Kama Lodge, syatus: no yang dihubungi tidak dijawab. Cuba pulak Flemington Hotel, sekali lagi status: Penuh. Akhirnya buat tempahan di Hotel Taiping Perdana, itupun dapat Standard Room je.(akan ada review pasal hotel ni nanti). Sampai sekarang masih musykil, ramai sungguh orang suka ke taiping pada hujung minggu.


Sampai sahaja di taiping pada hari sabtu kami terus ke Zoo Taiping. Aqil suka baca buku berkaitan binatang dan mama mengjangkakan pasti dia akan teruja. Namun sebaliknya yang berlaku, Aqil biasa-biasa sahaja tapi Ariq pula yang over excited. Alif macam biasa, kebosanan kerana ini bukan tempat dia. Tak pe lah yang penting masa yang dihabiskan untuk mengelilingi zoo amat berharga.


Setelah masing-masing sakit kaki kami terus menuju ke hotel, daftar masuk dan berehat sebentar. Setelah itu teruskan misi pusing-pusing taiping. Makan di Deja Corner @ pekan kamunting. Beli narita di kedai Rantau Panjang dan beli lego di kedai RM2. Cadangan untuk ke Taman Tasik Taiping terpaksa dibatalkan sebab hujan turun dengan lebat. Tapi dalam duk hujan-hujan tu singgah di Karnival Hari Polis di Pejabat Polis Taiping. Mama beli aiskrim pasu je, alif beli jc dengan selipar. Aqil dengan ariq beli baju. Baba jadi tukang bayar je.

Malam pulak kami ke Pusat Penjaja Taiping yang terletak di belakang Balai Bomba. Teringin nak cuba sebab bila baca review atau blog nampak macam sedap sangat. Disebabkan citarasa setiap orang tak sama ataupun kami tersilap pilih kedai, semua makanan yang dimakan terasa hambar. Hihihi memang tak boleh lawan makanan kat penang. Dalam kekecewaan sempat lagi singgah dan tapau kuetiau doly, teringin nak rasa keenakannya. Perkara yang sama juga berlaku, keenakan yang digembar gemburkan tidak menepati citarasa kami. Hubby kata "ayg masak lagi sedap". Hihihihi tersenyum lebar le mama malam tu.


Esoknya lepas breakfast, terus kami semua berendam dalam kolam renang. Sampaikan ariq menggigil kesejukan. Selepas daftar keluar kami bergerak menuju ke Kuala Gula. Khabarnya di sana ada tempat makan yang best. Dengan menggunkan GPS kami tiba di tempat yang dituju dan nasib agak baik kerana orang masih belum ramai. Kami makan di JS Muara, restorannya terapung.(nanti kita buat food review yea)


Alhamdulillah, begitulah percutian yang singkat tetapi begitu bermakna buat mama. In Shaa Allah kalau ada rezeki nanti nak juga bermalam di Hotel Flemington sebab nak berenang di kolam yang terletak di Roof Top.


Nota: Semua gambar diambil dari Google. Tak sempat nak edit gambar2 sendiri.


    No comments: