MY IKLAN

MY IKLAN

Monday, June 15, 2015

Urus Sampah Sebaiknya

Assalamualaikum w.b.t.

Sekarang saya berjiran dengan tadika yang mendidik kanak-kanak berusia 4 hingga 6 tahun. Secara peribadi saya tiada masalah dengan suara riang kanak-kanak dan kesibukan sewaktu ibu bapa menghantar dan mengambil anak-anak mereka. Cuma baru-baru ini saya agak terkilan apabila sampah yang dibuang kedalam tong tidak diuruskan dengan baik. Tong sampah saya dan tadika berkenaan diletakkan dekat antara satu sama-lain dan jumaat lepas pulang sahaja dari taman kelihatan tong sampah saya (ada no rumah) terletak dibahagian taska terbuka dan mengeluarkan bau busuk. Setelah dilihat rupanya sampah yang dimasukkan tidak berplastik dan berulat. Saya rasa marah namun sempat berfikir sampah tersebut akan dikutip oleh mpsp esok. Walaupun tong sampah saya tapi sampah dalam tersebut bukan dari rumah saya.


Keesokan harinya selepas masa kutipan, kami (saya dan suami) yang baru pulang dari makan pagi dan membeli belah di bertam telah membuka tong berkenaan dan didapati keadaan dalam tong masih tetap sama. Malahan bau semakin busuk dan ulat berwarna putih makin banyak. Sedihnya, tapi saya tidak menyalahkan kakitangan mpsp kerana awal dulu penghuni telah diberikan notis supaya sampah yang diletakkan kedalam tong perlu dimasuk ke dalam plastik yang diikat kemas. Jadi untuk mengelakkan keadaan menjadi semakin teruk berikutan kutipan seterusnya adalah pada hari selasa depan, kami telah masukkan sampah berkenaan ke dalam plastik dan diikat dengan kemas. Tong sampah dibasuh, kedudukannya kami ubah, saki baki sampah yang terdapat di atas tar dibersihkan.


Setelah selesai saya whatsapp pemilik tadika dan ceritakan situasi berkenaan serta memohon supaya menguruskan sampah sebaiknya demi untuk kerukunan tetangga. Beliau berjanji bahawa keadaan ini tidak akan berulang kembali.Kepada pengusaha-pengusaha tadika/taska, pekalah dengan jiran tetangga, ingatkan kakitangan/ cikgu-cikgu supaya lebih prihatin dan tidak membuat kerja sambil lewa terutamanya berkaitan perkara-perkara yang melibatkan kebersihan taska/tadika dan sekelilingnya.


    No comments: