MY IKLAN

MY IKLAN

Sunday, June 14, 2015

Dari Flat Ke Teres

Assalamualaikum w.b.t..

Alhamdulillah dah setahun sebulan tinggal di taman sungai dua utama ni, rasa cepat sangat masa berlalu. Masih ada lagi kotak yang belum dibuka... hihihihi memang barang dalam kotak tu tak perlu dikeluarkan kut, tambah semak pulak rumah yang memang selalu semak tu. Memang terasa kelainannya bila tinggal di rumah teres ni dan lagi seronok kerana hampir 90% pemilik adalah orang melayu, syukur sangat2.

Tahun 2003 kahwin dan berpindah ke pulau pinang tempat hb mencari rezeki (nak jadi isteri mithali saya kena le berhenti kerja), kami tinggal di Minden Height rumah flat 2 bilik. Dekat sebelah USM je pun, hb sewa rumah ni sebelum kami kahwin dan umi dah siapkan segala keperluan. Masa awal tu memang syok le duduk kat sini sebab penghuni tak ramai, tapi lama kelamaan rasa makin sesak dan kalau nak park kereta memang payah bebeno. Majoriti penghuni kaum cina, kalau musim perayaan memang payah le nak tido malam. 

Tahun 2006 pindah ke Springfield Condo, nama je kondo tapi standard apartment. Suka sangat tempat ni sebab gated area dan kawasan sentiasa dijaga dengan bersih. Kiranya berbaloi le bayar yuran penyelenggaraan. Setiap unit disediakan 1 tempat letak kereta berbumbung dan kalau ada extra kereta kena sewa parking lot dalam kawasan atau pandai-pandai le berebut park kat luar. Rumah ni pun sewa jugak, tapi yang seronoknya kami dapat kadar sewa sama dengan sewa kat flat sebelum tu. Rezeki...rezeki... kalau ikutkan kadar sewa kawasan tu memang 2 atau 3 kali ganda la. Kawasan ni pun majoriti kaum cina, memang tak bergaul sangat sebab masing-masing sibuk bekerja, jiran depan pintu pun bertegur sapa jika kebetulan sama-sama buka pintu.


Tapi tu la bila lama-lama duduk rumah bertingkat ni memang rasa lemas dan membosankan. Kadang-kadang tu kesian tengok anak-anak, memang tak berkawan bila duduk dirumah. Nasib baik le diorang ni dari kecil dah tinggal di taska masa waktu mama dan baba pergi kerja. Sekarang ni ok le dah mula rasa hidup bermasyarakat. Jiran tetangga pun umur lebih kurang je jadi senang nak ngam. Tambahan media sosial digunakan sebaik mungkin bagi mengeratkan tali silaturahim. Semoga ukhwah yang terjalin akan dapat dieratkan dan digunakan sebaiknya mencari keredhaan Yang Maha Esa.


Aktiviti pertama adalah Majlis Ramah Mesra Taman Sungai Dua, acara ni dilaksanakan sepenuhnya oleh group mommies bermula dari perancangan sehinggalah pelaksanaan. Group daddies tolong-tolong angkat meja kerusi je la. Makanan disediakan secara potluck, banyak, sedap dan ada macam-macam. Selesai je majlis masing-masing tapau bawa balik. Kalau ikutkan lepas ni ada macam-macam lagi perancangan untuk mengeratkan tali silaturahim antara kami semua. Semoga ianya akan menjadi kenyataan. Amin.




    No comments: