MY IKLAN

MY IKLAN

Monday, July 6, 2015

"Cuba tahun ni jangan balik kg" - Pakar Motivasi

Assalamualaikum w.b.t

Dari hari tu lagi nak buat entri pasal topik hot ni tapi tak dan, kekononnya sibuk sesangat le kan (alsannn!!!). Bila tengok video pasal jangan balik kg di facebook haritu memang menyirap darah dibuatnya, nasib baik puasa jadi tak boleh nak pong pang pong pang. Sebagai orang yang bijak fikir dan nilaikan sendiri, lontarkan pandangan dengan cara yang betul dan ditempat yang betul. Tapi tu le memang kesian le dekat Pakar Motivasi ni, Syed Abdul Aziz Qubra dan bertambah kesian bila tengok pengacara tu pun mengiyakan apa yang diutarakan. 

Pintu Gerbang di kg halaman tercinta. Gambar ni ambik kat google

Pada saya banyak lagi cara untuk kita berjimat semasa menyambut hari kemenangan umat islam nanti. Jangan balik kg tu adalah alternatif terakhir yang boleh kita pilih itu kalau kedua ibu bapa kita telah tiada. kalau masih ada insan yang bergelar ibu bapa di kg tolong le balik. Kita adalah kebahagian mereka dan mereka adalah kebahagian kita. 

Alhamdulillah kami memang balik kg setiap kali Hari Raya Aidilfitri dan jarak antara kg saya dan kg hb hanyalah dalam 30 minit perjalanan dengan menaiki kereta. Sekarang ni hanya ada ibu mertua sahaja yang masih kami punya dan adalah wajib bagi kami beraya di Kg. Bahagia, Teluk Intan. Manakala emak dan apak saya telah meninggalkan kami adik beradik pada tahun 2006 dan 2012. Jadi saya adik beradik bermuaafakat setiap kali aidilfitri akan akan ada satu hari untuk kami berkumpul di rumah pusaka di kg Pasir Salak. Jadi pada saya tiada istilah untuk jangan balik kg pada hari raya. 

Banyak lagi cara lain yang boleh kita lakukan kalau nak berjimat ni, kaedah-kaedah yang boleh saya fikirkan sekarang ini adalah:-

1. Persiapan raya yang berpada-pada
Setiap kali menyambut Hari Raya Aidilfitri pasti kita nak serba baru (pakaian, langsir, perabut, cat rumah dan banyak lagi le). Part yang ini banyak yang kita boleh jimatkan, contohnya pakaian baru tak perlu le sampai berpasang2 cukuplah sekadar sepasang untuk dipakai pada hari raya pertama, langsir sediada just basuh dan gantung semula, perabut tu kalau dah rosak perbaiki dan kalau boleh cat, cat je semula. Sah-sah akan nampak baru. Lagi satu pakaian tu tak perlu le ikut trend atau yang ada jenama sangat, beli yang sedap mata memandang dan selesa dipakai. Lagi mahal harga barang yang kita beli lagi banyak le gst yang kita bayo.
(Nota: Ustaz Haslin Bolywood kata sebenarnya raya hanya sehari sahaja bukannya 30 hari)

2. Kuih Raya
Kalau boleh buat le kuih raya sendiri, kuih yang ringkas-ringkas pun tak pe sekadar untuk menjamu tetamu yang akan berkunjung ke rumah kita nanti. Sekarang banyak resepi kuih muih yang sedap-sedap boleh kita dapat dari internet. Bukan saya nak menutup pintu rezeki penjual kuih, tapi sekadar saranan untuk kita berjimat cermat. Ye lah nanti kalau order bukan untuk rumah kita je, untuk bawa balik rumah mak dan rumah mak mertua pun kena ada.

3. Pemberian duit raya
Kalau sebelum ni kita bagi RM5/ RM3/ RM2 seorang, tahun ni kita kurang kan. Mungkin kita akan dengar kata-kata pedas luahan hati anak2 sedara yang kecewa tapi kita boleh terangkan kepada mereka, In Shaa Allah mereka akan faham. Dan kalau kita rasa memang tak mampu nak bagi langsung tahun ni tak payah bagi pun tak pe, buat muka seposen je la pada budak-budak tu.
(Nota: Ustaz Haslin Bolywood kata sebenarnya bersedekah di dalam bulan ramadhan adalah sebaik-baik sedekah)

4. Elakkan pembaziran
Kalau dah berkumpul di kg pasti banyak makanan yang akan disediakan rendang ayam, rendang daging, rendang kerang, lemang, nasi impit kuah kacang dan banyak lagi le. Yang ni pun boleh jimat juga, tak perlu kita masak macam-macam sangat. Makan untuk hidup bukan hidup untuk makan... kihkihkih tetiba pulak. Kalau tanya kat pekerja majlis bilakah waktu sampah paling banyak pasti hari raya aidilfitri le jawapannya. Kalau diorang cuti 2-3 hari alamat melepah ruah le tong-tong sampah yang disediakan.

5. Muafakat
Kalau dah berkumpul ramai-ramai tu seboleh-bolehnya perbelanjaan sepanjang berada di kg tu pakat-pakat kongsi sorang sikit. Kami adik beradik guna istilah tong-tong, seorang akan jadi pemegang amanah dan menguruskan keperluan-keperluan yang hendak dibeli. Bukannya apa kalau masing-masing membeli ni susah dan akan banyak pembaziran akan berlaku, kadang-kadang 2-3 orang membeli benda yang sama (hrrmmm jenuh nak habis tu).Alhamdulillah kaedah ni memang praktikal biasanya bila dah balik adalah sikit-sikit bahan yang tinggal untuk digunakan oleh adik dan keluarga yang tinggal di rumah pusaka tu.

Tempat persemadian emak dan apak. Gambar ni pun ambik kat google

Nota: kepada yang masih punya ibu bapa di kg, buat perancangan sebaik mungkin untuk beraya bersama mereka. Bukan wang ringgit yang diharapkan tetapi masa yang diluangkan bersama mereka lebih bernilai dari intan dan permata. Selagi kita membahagiakan ibu bapa In Shaa Allah rezeki kita tidak akan terputus, ingatlah Allah Maha Pemberi dan sebaik-baik pemberi rezeki. Apa gunanya duit bertimbun jika hati ibu bapa di kg penuh dengan kerinduan pada anak2 dan cucu2.




    No comments: