MY IKLAN

MY IKLAN

Thursday, July 2, 2015

Kes Pecah Rumah dan Tips Sebelum Pindah

Assalamualaikum w.b.t.

Sekarang ini kes pecah rumah di kejiranan saya semakin menjadi-jadi, walaupun pada hari kerja saya tiada di sana namun berita terkini akan diterima daripada group whats app kaum ibu. Minggu lepas 3 buah rumah menjadi mangsa, semalam sebuah lagi rumah dimasuki pencuri. Sedihkan sebab ramadhan tidak memberi erti buat mereka-mereka yang mencari rezeki dengan cara begini. 


Kejadian terbaru dapat dirakam oleh cctv milik jiran belakang rumah, sekitar jam 7.06 malam seorang pemuda menaiki motosikal memasuki rumah tersebut melalui pintu tanpa membuka helmet dan beliau membawa keluar ketuhar. Malamnya ketika orang sedang sibuk untuk menunaikan solat isyak dan tarawikh, sebuah pacuan 4 roda jenis triton datang dan sempat mengambil 2 buah tv flat screen dan pinggan mangkuk berjenama. Kejadian ini disedari oleh jiran dan mereka sempat mengejar kenderaan tersebut namun gagal menangkapnya. Apabila diperiksa oleh oleh tuan rumah didapati ada peralatan lain yang telah dikumpulkan seolah-olah akan ada trip seterusnya. Oh ya tuan tiada semenjak pagi dan pulang sekitar jam 9.30 malam. Ya Allah peliharalah kejiranan kami ini. 


Berdasarkan kepada kejadian-kejadian ini didapati rumah yang menjadi sasaran adalah rumah yang tidak berpenghuni tetapi terdapat barang-barang di dalamnya kerana mangsa sedang berpindah secara berperingkat. Yang kedua rumah telah didiami tetapi jeriji (grill) masih belum dipasang. Jadi saya kongsikan sedikit tips untuk mereka yang akan memasuki rumah baru.

1. Perancangan awal
Jika anda berhasrat untuk mengubahsuai rumah seboleh-bolehnya laksanakan sebelum anda berpindah terutamanya yang melibatkan pecah pecah dinding, pintu dan tingkap. Memang perkara ini bukanlah mudah kerana ia akan melibatkan kos yang tinggi. Bukannya apa fikirkanlah keselamatan diri dan keluarga, bagaiman keadaan jika kita tinggal di rumah yang dindingnya hanya ditutup dengan papan/ kayu buat sementara waktu, memang amat merbahaya kerana pencuri akan mudah masuk. Buat perancangan awal dan berikan keutamaan kepada kepada perkara penting. Contohnya jika kita bercadang untuk sambung dapur tetapi duit yang ada adalah untuk membeli perabut, pada saya sambung dapur dulu dan pasang jeriji keselamatan dahulu kerana perabut kita boleh beli secara berperingkat pada masa akan datang.

2. Jeriji (Grill) keselamatan
Ini adalah perkara paling penting, mungkin ada yang berpandangan bahawa memasang grill keselamatan akan mencacatkan pemandangan rumah kita kerana kalau nak yang cantik kos adalah tinggi. Pilih grill yang mengikut kemampuan kita yang penting selamat dan anti pencuri (hihihi ada ke??). Ingatlah bahawa  jika sesebuah rumah itu tiada grill seolah-seolah ia mengundang pencuri untuk datang.

3. Kenali jiran tetangga
Walaupun kita belum mendiami rumah berkenaan cuba kenali jiran tetangga terlenih dahulu. Bukannya apa sekurang-kurangnya mereka boleh tengok-tengokkan rumah kita sama. Bagitau mereka tentang rancangan kita, bukannya apa manalah tahu kita tak buat apa-apa lagi tapi pendawaian dalam rumah dah dilarikan orang. Semasa kejadian mungkin jiran tetangga beranggapan kerja-kerja pemasangan lampu dan kipas sedang dijalankan. Hrmmm tak naya namanya tu.

4. Pilih Kontraktor
Sebelum masuk rumah baru pasti akan ada melibatkan pihak ketiga kecuali le kalau kita boleh lakukan segala kerja dengan sendiri. Sebelum lantik mana-mana pihak untuk buat kerja di rumah kita siasat dulu latar belakang syarikat mereka. Lagi baik kalau ambil kontraktor yang dipercayai cara kerjanya, contoh recamendation dari sahabat handai, rakan taulan dan orang lain yang kita percayai. Bukannya apa mereka akan keluar masuk ke rumah kita sehingga kerja-kerja siap sepenuhnya. Takut juga baru kerja 2-3 hari dah hilang, tambah malang lagi apa yang ada dalam rumah kita dibawanya sekali.

5. Pasang cctv
Jika berkemampuan pasanglah cctv awal-awal di kediaman anda. Bukannya apa bila dah masuk rumah baru nak pasang kita pasti akan berfikir 2-3 kali sebab wayar yang akan dipasang dapat dilihat dan menyakitkan mata. Kedua pulak kalau nak pasang secara conseal pulak rumah kita akan berhabuk dan akan menimbulkan ketidakselesaan kepada kita sekeluarga.

So kepada pembaca-pembaca yang akan pindah rumah baru semoga selamat semua. Pindah memindah ni memang menyiksakan dan kalau boleh memang takmo pindah randah dah. Nak pack barang satu hal nak unpack lagi la siksa. Sampai sekarang ni masih ada barang yang tak keluar dari kotak lagi dan silap haribulan letak je dalam setor.

No comments: