MY IKLAN

MY IKLAN

Tuesday, July 14, 2015

Harga Tiket & Jadual Perjalanan Tren ETS Transit KL Sentral - Padang Besar

Assalamualaikum w.b.t

Ramai yang telah sedia maklum bahawa Tren ETS Transit dari KL Sentral ke Padang Besar telah mula beroperasi pada 10 Julai 2015. Sehari sebelum tu husband duk cakap pasal benda ni je "tambang buterworth - alor setar... masa pejalanan butterworth-alor setar dan bla..bla..bla..". Faham apa yang cuba husband sampaikan tapi perkara ini perlu diperincikan terlebih dahulu. Dah tentu le wife nya ni nak sangat balik duduk dengan suami dan anak-anak dan kemudahan yang kerajaan sediakan ini merupakan pilihan terkini yang boleh dipertimbangkan. Masa mula-mula kena posting di Alor Setar dulu memang nak berulang je dari sungai dua tapi bila kira kos minyak dan tol serta keselamatan diri terpaksa tinggal di alor setar dan bergelar weekend wife and mama. Ok lah jom kita check harga tiket dan Jadual Tren ETS Transit ni dulu. 



Hrrmmmm memang tak boleh pindah balik ke sungai dua lagi sebabnya masa perjalanan dari alor setar ke butterworth sangatlah tak sesuai, takkan nak balik pukul 2 kut, sah-sah waktu pejabat habis jam 5 petang. Bab tambang pun berat juga rasanya RM17 x 2 hala x 26 hari = RM 884.00. Nampaknya kena hantar surat rayuan ke HQ lagi ni, hantar sampai depa bosan. Bila dah bosan mesti dapat posting kat penang balik... Hihihihihi harapan yang tinggi menggunung.

    No comments: