MY IKLAN

MY IKLAN

Tuesday, July 7, 2015

Wanita Haid dan Malam LailatulQadar

Assalamualaikum w.b.t

Debaran makin terasa, persoalan-persoalan tanpa jawapan terus berlegar difikiran "bilakah malam lailatulqadar???", "mampukah aku melakukannya???", "bertemuakah aku dengannya???" dan banyak lagi. Hanya Allah sahaja yang tahu jawapannya kerana sesungguhnya Dia Maha Mengetahui.

Ahad lepas telan pil mercilon terakhir untuk kitaran lepas, jadi sah-sah hari khamis @ jumaat ini akan cuti puasa. Memang sedih tapi itulah kelebihan yang Allah bagi kepada setiap kaum hawa. Sebagai persiapan, masa yang terluang tadi sempat cari info berkaitan amalan-amalan yang boleh dilakukan pada malam-malam terakhir ramadhan ini. Ye la nak solat sunat tak boleh, nak mengaji pun tak boleh. Dalam banyak-banyak blog yang saya baca, berkenan dengan info yang dikongsi oleh saudara Shahmuzir @ muzir.wordpress.com. Saya panjangkan informasi berkaitan amalan alternatif buat wanita haid/ nifas beliau tulis, kalau nak lebih jelas sila klik link tu.

No comments: