MY IKLAN

MY IKLAN

Wednesday, July 22, 2015

Mengantuk dan Cara Mengatasinya


Assalamualaikum w.b.t

Selamat kembali bertugas kepada yang telah mula bekerja dan selamat bercuti kepada yang masih bercuti. Alhamdulillah semalam selamat sampai ke sg dua sekitar jam 6.00 petang dan perjalanan kami sekeluarga lancar tanpa sebarang gangguan. Kalau ikutkan hati mahu je sambung cuti hingga hujung minggu tapi bila difikirkan kembali macam rugi je. Ye la bila PJJ dengan suami dan anak2 ni, cuti hanya akan diambil jika mereka cuti sama, satu pembaziran sekiranya duk rumah dengan ariq je. Pagi tadi seperti biasa jam 6.30 pagi keluar rumah menuju ke Alor Setar. Dalam 10 minit perjalanan ok je rasanya, tapi lepas tu mata dah mula mengantuk dan mulut asyik menguap je. Kebetulan hari ni mula puasa, jadi terpaksa bertahan hingga sampai ke RnR Gurun. Niat dihati nak lelap dalam 5 minit, tapi hampir jam 7.15 masih tak boleh lelap. Teruskan perjalanan sebab kalau lambat takut merah plak thumb print nanti. Tapi tu le bila dah keluar tol Alor Setar (S) tadi saya boleh terlelap semasa berhenti di lampu isyarat, terkejut bila pemandu di belakang membunyikan hon. Ya Allah syukur takde kajian yang tidak diingini berlaku.

Biasanya kalau mengantuk semasa memandu saya akan minum air kosong dan makan kudapan. Sekarang ni dalam kereta stok kismis memang sentiasa tersedia untuk ariq, jadi mama akan makan jika perlu. 

Tadi sempat BW dan jumpa tips di hafizamri.com, ianya sangat mudah untuk diamalkan. Hanya sepotong ayat Al Quran di dalam Ayat Qursi boleh dijadikan penawar untuk menghilangkan rasa mengantuk.

Potongan ayat tersebut berbunyi

" LA TAKKHUDZUHU SINATUW WALA NAUM…”

(maknanya: “[DIA – ALLAH] TIDAK MENGANTUK DAN TIDAK TIDUR”)
(Sepotong ayat daripada ayat Qursi)

Selain itu, amalan mustajab untuk mengelak berlakunya kemalangan adalah dengan membaca Ayat Qursi 3x sebelum memasukkan gear pertama mahu memulakan perjalanan anda ditambah dengan ayat berikut :

“BISMILLAHIL LADZI LA YADHURUHU MA’ASMIHI SYAIUN FIL ARDHI WALA FISSAMAA’ WAHUWASSAMIUN ‘ALIIMM” 3X.

Semoga Ayat-ayat ini boleh membantu dan boleh kita amalkan supaya kita lebih segar tidak mengantuk lagi untuk melakukan segala perkerjaan.

    No comments: