MY IKLAN

MY IKLAN

Thursday, July 23, 2015

Puasa Sunat Syawal & Puasa Ganti


Assalamualaikum w.b.t

Buat semua kaum muslimin dan muslimat, selamat menunaikan ibadah puasa sunat syawal @ puasa 6 di bulan kemenangan umat islam ini. "Barang siapa berpuasa ramadhan kemudian berpuasa enam hari di bulan syawal, maka dia berpuasa seperti setahun penuh". Tahun ini ajak alif untuk mulakan puasa sunat ini tapi katanya "abang belum bersedia". Takpe le, paksaan bukan cara terbaik lagipun umurnya baru sebelas tahun.

Kaum wanita selalu berada di dalam dilema berkaitan puasa sunat syawal dan puasa ganti. Bagi saya yang wajib yakni puasa ganti perlu didahulukan. Jika berkemampuan teruskan puasa enam dan jika sebaliknya memadailah puasa ganti sahaja. Berdoalah supaya Allah S.W.T menerima segala amalan kita. Kalau nak pencerahan boleh kunjungi website Dr. Zaharuddin Abd Rahman

    1 comment:

    Que said...

    ada orang cakap boleh niat puasa 6 sekali dengan ganti.

    betul ke x ye?