MY IKLAN

MY IKLAN

Sunday, August 9, 2015

Aqiqah untuk Ariq

Assalamualaikum w.b.t...

Alhamdulillah syukur sangat-sangat, semalam impian untuk laksanakan aqiqah untuk mohamad ariq dzakwan tertunai. Mulanya nak buat aqiqah ni selepas pindah ke sg dua tahun lepas, baru je hilang letih pindah rumah, mama dapat surat tukar ke ipoh perak. Lepas tu tukar kl lepas dan dua minggu kemudian tukar ke alor setar, jadi memang tak berkesempatan le nak potong-potong kambing ni. Abang-abangnya dulu semua diuruskan oleh arwah tok wan, mama ngan baba bagi duit je. Untuk ariq, mama & baba kena uruskan sendiri sebab tokwan dah takde dan maktok pun tak berapa sihat. 

 
Cadangnya nak buat hujung tahun ini tapi entah macam mana semasa ajk jamuan raya tsdu fasa 2 duk bincang pasal bajet n menu makanan, mama terfikir untuk laksanakan aqiqah. Dengan cara ini bajet jamuan dapat dijimatkan  dan kewajipan untuk ariq terlaksana. Setelah dirujuk pada yang arif, kami sepakat untuk teruskan niat ini. Alhamdulillah.. alhamdulillah.... Allah SWT permudahkan segalanya dan tetamu berpuas hati dengan kambing golek yang disajikan. Semoga mohamad ariq dzakwan sentiasa sihat sejahtera dan membesar sebagai anak yang soleh, patuh pada perintah agama dan meninggalkan segala yang dilarang.





    No comments: