MY IKLAN

MY IKLAN

Monday, August 10, 2015

Belajar Berniaga

Sumber: mohdzulkifli.com

Assalamualaikum w.b.t

Hari ini ada topik panas dalam group mommies, punya berdesup message masuk. Memang tak boleh nak follow sangat sebab waktu bekerja tapi sempat le menyelit sikit-sikit. Bermula dengan cerita membuka self laundry di taman sg dua utama sehinggalah perkongsian pengalaman oleh mommy yang boleh dikatakan berjaya dengan bisnes butiknya. 

Sebenarnya dah lama pasang cita-cita nak berniaga dan kalau boleh berniaga dari rumah supaya impian untuk membesarkan anak-anak didepan mata tercapai. Tapi itulah memang tak berani untuk mengambil risiko. Pernah cuba berniaga kain pasang pada tahun 2013, itupun hasil pujukan peniaga kain di Jalan Tunku Abdul Rahman. Dengan modal awal sebanyak RM500.00 saya membawa pulang kain-kain pasang untuk diniagakan. Tapi itulah bila tiada ilmu didada bukannya untung yang diperolehi tapi modal pun tak nampak bayang. Sudahnya ada kain yang dihadiahkan kepada keluarga terdekat dan ada yang ditempah untuk diri sendiri. Sejak itu apa sahaja tawaran yang diterima untuk berniaga memang saya tolak mentah-mentah. 

Semenjak tuntutan kerja menjarakkan hubungan kami sekeluarga, saya mula berfikir untuk mencari alternatif dan minat untuk berniaga itu semakin bercambah. Masalahnya apa yang boleh saya niagakan??? Tips yang diterima "jual apa yang kita suka dan tidak memerlukan modal yang besar". Itulah perkara yang paling sukar kerana saya sendiri tidak tahu apa yang saya suka dan minat. Berniaga makanan/ kek sudah tentu tidak kerana hanya boleh masak untuk diri & keluarga sahaja. Barangan kecantikan lagilah jauh kerana muka sendiri pun hanya disaluti bedak tipis. 

Alhamdulillah baru ini Allah buka hati saya untuk mendaftar sebagai ahli Tupperware. Sekarang ni kalau ada masa terluang saya akan mendalami ilmu perniagaan. Saya juga akan berusaha untuk mencari mentor untuk memberi tunjuk ajar berkaitan dunia perniagaan. Semoga Allah merahmati usaha ini.

    No comments: