MY IKLAN

MY IKLAN

Tuesday, August 11, 2015

Jamuan Raya Taman Sg. Dua Utama Fasa 2 & 2A


Assalamualaikum w.b.t..

Alhamdulillah sabtu lepas Jamuan Raya Taman Sg. Dua Utama Fasa 2 & 2A telah diadakan dengan jayanya bermula jam 3.00 petang sehingga jam 11.00 malam. Berkat sokongan dan kerjasama semua pihak kerja yang banyak mejadi begitu mudah dan senang dilakukan. Walaupun terasa agak penat kerana saya salah seorang dari ajk, tapi bila tengok sambutan yang diberikan oleh jiran tetangga hilang terus rasa penat tu. Selain daripada jamuan, sukaneka turut diadakan dan ditambah lagi dengan cabutan betuah. Majlis diserikan lagi dengan kehadiran YB ADUN Sg. Dua.


Makanan untuk jamuan sebelah petang disediakan secara potluck dan antara juadah yang dihidangkan adalah laksam, mee rebus, mee kari, pasta, spagethi, pelbagai jenis  pemanis mulut dan banyak lagi. Kalau ikut senarai menu, ada lebih kurang 25 jenis juadah kalau tak silap.


Sebelah malamnya pula makanan barbeku disediakan dan dimeriakan dengan penyampaian hadiah kepada pemenang acara sukaneka dan cabutan bertuah. Memang happening sungguh kerana semuanya sporting belaka. Seperti biasa saya memang tak bertuah kerana jarang-jarang sekali nama naik semasa cabutan dibuat. Hadiah cabutan bertuah adalah sumbangan penghuni mengikut lorong masing-masing dan sumbangan pihak luar. Hadiah utama adalah sebuah basikal sumbangan Basikal Penang.


Tujuan utama majlis ini adalah untuk mengeratkan tali silaturahim antara penduduk Taman Sg Dua Utama Fasa 2 & 2A. Penduduk Fasa 2 dah masuk 2 tahun bermastautin di sini manakala Fasa 2A belum pun sampai setahun. Paling terharu apabila adanya sudi menjadikan homestay beliau sebagai lokasi jamuan. Bukan mudah yea, rumah yang elok tersusun menjadi tunggang langgang selama hampir 4 hari.


Semasa majlis berlangsung hujan lebat turun mencurah-curah dan angin kuat melanda taman sungai dua utama dan para daddies sepakat memegang khemah bagi mengelakkan daripada perkara buruk berlaku. Syukur alhmdulillah hujan hanya seketika dan majlis dapat diteruskan seperti mana yang dirancang. Semoga aktiviti seperti ini akan dapat dilaksanakan pada masa akan datang.



    2 comments:

    qaseh dalia said...

    alhamdulillah rezeki , meriah je tgk

    Kak Sam said...

    Alhamdulillah.. memang meriah sangat qaseh dahlia..