MY IKLAN

MY IKLAN

Saturday, September 5, 2015

Sambutan 50 Tahun Tupperware

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah semalam berkesempatan berkunjung ke Majlis Sambutan 50 Tahun Tupperware yang diadakan di MIMYA ENTERPRISE, Susuran Bandar Baru Mergong (opposite TESCO Mergong). Mulanya masa terima jemputan memang tak nak pergi almaklum le petang khamis nak balik ke Sg Dua. Tapi bila difikirkan balik ini adalah merupakan peluang untuk saya mengenali produk-produk Tupperware. Jadi minta izin en suami untuk pulang ke Sg Dua pada hari jumaat setelah selesai majlis ini. 


Sampai je di khemah ni rasa macam rusa masuk kg pulak, hanya mampu memerhatikan gelagat pengunjung aka ahli tupperware dan bakal-bakal ahli. Semasa pendaftaran pengunjung diberikan sekeping kad kehadiran.


Setiap pengunjung perlu pergi ke 4 booth untuk mendengar taklimat atau menyaksikan demonstrasi dan mendapatkan sticker dari setiap booth. Pengunjung perlu bermain 4 game di booth yang disediakan. Lengkap sahaja 5 sticker pengunjung boleh menukarkannya dengan TUPPERDOLLAR bernilai TD600 yang hanya boleh digunakan semasa sesi lelongan barangan tupperware dibuat.


Bila tengok nilai sebanyak tu dah rasa seronok, tapi bila sesi lelongan dibuat rupanya nilai tu tak seberapa pun. Ada pengunjung yang tawarkan harga TD1000++, jadi mampu tengok je la. Sudahnya saya berikan tupperdollar tu kepada kakak yang duduk disebelah sebab dia pun ada TD600 je. Sebenarnya kalau ada pengunjung yang buat belian produk sepanjang majlis ni berlangsung, Tupperdollar akan diberikan mengikut niai yang ditetapkan. Lagi satu ada pengunjung yang datang beramai-ramai, apabila setiap sorang dapat 1 kad banyak le tuperdolar yang berjaya dikumpulkan. Ayat penyedap hati "takpe hari ini datang untuk belajar". 


Terdapat juga produk yang dijual dengan harga istimewa, jadi kepada anda yang berkelapangan silalah berkunjung ke Majlis Sambutan 50 Tahun Tupperware di Mergong. Hari ini majlis berlangsung sehingga jam 5.00 petang.


    2 comments:

    Unknown said...

    As salam kak sam...secara tak sengaja terjumpa blog akak..first time baca dah terpikat..Alhamdulillah kita berjiran rupanya..salam perkenalan : lorong 15 sg 2 utama.

    Kak Sam said...

    Salam perkenalan Yasmin Zakaria. Hihihi berjiran kita rupanya. Terima kasih sudi baca blog akak yang tak seberapa ni.