MY IKLAN

MY IKLAN

Thursday, September 3, 2015

Kes Kecurian Lagi



"Salam rakan2. Pohon selepas ni agar kita lebih berhati2. Pagi tadi diantara jam 8.20 pagi, telah berlaku satu kejadian kecurian dihadapan Taska Aulad (Taska Merah &Kuning). Mangsa, Isteri Fauzi telah kehilangan satu (1) beg tangan wanita. Kehilangan disedari ketika mangsa turun menghantar anak ke tadika dan ketika itu pencuri memasuki kereta. Semoga kita lebih berhati2 dan berwaspada."

Kejadian pada 25 Ogos 2015 benar2 mengejutkan kejiranan kami pagi tu. Siapa sangka dalam menjalani rutin harian, ada yang mengambil kesempatan. Sebelum ini pernah saya ceritakan kes kecurian masa bulan ramadhan lepas, baru je reda kes tersebut kami dikejutkan sekali lagi. Sememang pemangsa sentiasa menanti mangsanya dan sudah pasti setiap pergerakan diperhati dan diperhalusi terlebih dahulu sebelum jenayah dilakukan. Tiada apa pada kita tapi peluang cukup besar buat mereka. Allah Maha Besar semoga kita sentiasa dilindungi dan dipelihara dari sebarang kecelakaan. Kepada semua berhati-hatilah, kadang-kadang aktiviti harian kita diperhatikan oleh penjenayah tanpa kita sedari.

    No comments: