MY IKLAN

MY IKLAN

Saturday, October 10, 2015

Pembedahan Kecil

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah hari selasa lepas aqil telah selamat menjalani pembedahan kecil membuka ruang untuk membantu giginya keluar dan tumbuh seperti biasa. Macam yang saya tulis di ENTRI INI, walaupun umurnya hampir genap 6 tahun tapi salah satu gigi di bahagian hadapan masih belum kelihatan.

Pembedahan dimulakan dengan memberi suntikan bius di gusi, diikuti pula proses membuang tisu-tisu gusi dan diakhiri dengan mengenakan beberapa jahitan dibahagian berkenaan. Nampak seperti mudah tapi mama yang menemaninya ketika itu terasa akan kesakitan dan ketidakselesaan yang dialaminya. Allah Maha Kaya dan benarlah sepetri yang dikata, ujian yang diberikan adalah bersesuaian dengan kemampuan hambanya. Aqil kuat dan boleh melalui detik-detik itu dengan tabah sekali, tiada tangisan dan tiada rengekan dari dia. Malah selepas beberapa ketika selepas pembedahan dia kembali normal bercakap tanpa henti, itulah Mohamad Aqil Dzaki. Semoga usaha ini membuahkan hasil seperti yang diharapkan, jika tidak kena tunggu 4 tahun lagi untuk plan seterusnya.








No comments: