MY IKLAN

MY IKLAN

Friday, October 16, 2015

Inspirasi Kisah Katak Pekak

Assalamualaikum w.b.t

Pasti ramai yang dah baca atau dengar kisah "si katak yang pekak". Kisah yang dijadikan inspirasi pada ramai orang-orang yang berjaya. 

Begini kisahnya:

"Pada suatu hari ada segerombolan katak-katak kecil yang ingin beradu kekuatan berlumba. Tujuannya adalah mencapai puncak sebuah menara yang sangat tinggi. Penonton berkumpul bersama mengelilingi menara untuk menyaksikan perlumbaan itu dan memberikan semangat kepada para peserta.

Maka perlumbaan pun bermula.

Secara jujur, tidak satu pun penonton yang benar-benar percaya bahawa katak-katak kecil akan bisa mencapai puncak menara. Terdengar suara, “Oh, jalannya terlalu sulitttt!! Mereka TIDAK AKAN BOLEH sampai ke puncak” dan “Tidak ada kesempatan untuk berhasil. Menaranya terlalu tinggi!

Katak-katak kecil mulai berjatuhan. Satu persatu. Kecuali mereka yang tetap semangat menaiki menara perlahan-lahan semakin tinggi dan semakin tinggi. Penonton terus bersorak, “Terlalu sulit!!! Tak seorangpun akan berhasil!”

Lebih banyak lagi katak kecil lelah dan menyerah.

Tapi ada SEEKOR KATAK sahaja yang melanjutkan pandakiannya hingga semakin tinggi dan tinggi. Dia belum menyerah! Akhirnya yang lain telah menyerah untuk menaiki menara. Kecuali katak yang satu itu. Katak kecil yang satu itu telah berusaha keras menjadi satu-satunya yang berhasil mencapai puncak.

SEMUA katak kecil yang lain ingin tahu bagaimana katak ini bisa melakukannya? Seorang peserta bertanya bagaimana cara katak yang berhasil menemukan kekuatan untuk mencapai tujuan? Ternyata, katak yang menjadi pemenang itu SEBENARNYA PEKAK. Dia tidak bisa mendengar semua cemuhan dan perkataan negatif dari sekelilingnya."

Sumber: https://nizammatsaari.wordpress.com/2010/03/18/sang-katak-yang-pekak/


Kenapa saya kongsikan kisah si katak ini ???

Pertama, terinspirasi dari kisah seorang teman sefakulti dulu, kami berlainan course tapi saling mengenali antara satu sama lain. Beliau bergelar Group Agnecy Manager ketika usia yang muda dalam bidang yang berlainan daripada ijazah yang diperolehinya. Beliau menjadikan kisah katak pekak antara catatan pejalanan kejayaannya.

Kedua, baru-baru ini semasa berada di stokis tupperware seorang wanita datang untuk membeli produk. Petugas dikaunter memaklumkan wanita tersebut sudah lama bergelar DIRECTOR TUPPERWARE. Wanita itu dengan lantang mengatakan "tak payahlah jadi director, susah bukan dapat apa-apa pun, kerja teruk dan tak berbaloi buat penat je". Tersentap saya mendengarnya dan semangat goyah seketika. Malam itu saya berfikir dan terus berfikir dan teringatkan kisah si katak yang pekak. Apa yang dikatakan oleh wanita itu tidak perlu diambil peduli kerana perkataan tidak selari dengan perbuatan, banyak juga barangan tupperware yang dibelinya pada hari tersebut.

Kesimpulannya saya perlu teruskan perjuangan demi sebuah impian.



    No comments: