MY IKLAN

MY IKLAN

Tuesday, October 20, 2015

Jiran dan Kejiranan


Assalamualaikum w.b.t
Jiran iaitu mereka yang tinggal berhampiran dengan kediaman kita. Dalam Islam, kawasan kejiranan meliputi mereka yang berada dalam jarak 40 buah rumah dari semua sudut rumah kita. Ini bermakna jiran bukanlah mereka yang tinggal bersebelahan rumah kita sahaja, tetapi ia meliputi seluruh kawasan kediaman kita sama ada di kawasan taman atau kampung atau rumah pangsa.

Kejiranan merupakan suatu aspek yang penting yang perlu diberi perhatian oleh semua orang Islam. Ini kerana, sebagai seorang manusia, kita tidak hidup keseorangan, tetapi kita saling bergantung antara satu sama lain. Yang kaya memerlukan yang miskin, manakala yang miskin pun memerlukan kepada mereka yang kaya. Konsep kejiranan ini sangat ditekankan di dalam Islam kerana ia termasuk dalam salah satu dari tanda beriman kepada Allah S.A.W. 

Rasulullah S.A.W bersabda:

من كان يؤمن بالله واليوم الأخر فلا يؤذي جاره

Sesiapa yang beriman dengan hari akhirat, maka janganlah ia menyakiti jirannya.


Malah, dalam satu sabda Rasulullah S.A.W yang lain, baginda menegaskan bahawa kejiranan ialah kriteria utama yang perlu dinilai sebelum kita memilih lokasi untuk membina rumah sebagai mana saba Baginda SAW (الجار قبل الدار) iaitu pilihlah jiran sebelum kamu membina rumah.


Sungguh pun realiti masa kini, keadaan memaksa untuk kita memilih kediaman berdasarkan kepada lokasi tetapi keadaan jiran perlu diambil kira. Mesej yang ingin disampaikan di dalam hadis ini ialah agar kita meletakkan kejiranan sebagai aspek yang sangat penting. Ini kerana, kebahagiaan kehidupan seseorang itu pun bergantung kepada suasana kejiranan. Kehidupan kita akan kurang selesa apabila mempunyai jiran yang suka menyakiti jirannya. 

Bersama-samalah kita berdoa agar dikurniakan jiran yang saling hormat-menghormati agar kerukunan serta keharmonian kawasan kejiranan kita terjaga. 



    No comments: