MY IKLAN

MY IKLAN

Monday, October 19, 2015

Trendy Hijab Fashion 2015


Assalamualaikum w.b.t

Bila dah spesis malas mengadap cermin lama-lama pasti akan mencari tudung yang mudah pakai. Dari bawal bertukar ke tudung jenis awning dan terbaru menggayakan shawl yang menjadi trend terkini. 
Sebab utama shawl menjadi pilihan ramai adalah kerana ia boleh digayakan dengan pelbagai cara dan lebih praktikal. Cara penggayaan shawl juga adalah terpulang kepada kreativiti sendiri. 

Masa mula mengenakan tudung shawl dulu gagahkan diri mengadap cermin lelama gara-gara nak kelihatan cantik dan bergaya. Orang kata senang je nak lilit tapi saya ni jenis tangan keras, macam mana lilit pun jadi tak berapa nak elok. Kerap kali buat rujukan di youtube kadang-kadang ok tapi selalunya tak menjadi. 
Tapi kini dengan adanya trend hijab terkini untuk tahun 2015, tudung jenis instant shawl menjadi pilihan saya. Ia direka untuk memudahkan lagi para pemakai untuk memakainya dan ia amatlah praktikal. Hanya sarungkan di kepala dan siap! Tiada penggunaan sebarang brooch atau jarum yang diperlukan.  Senangkan!!!!

Sekarang ini instant shawl mendapat sambutan yang amat menggalakkan dan terdapat pelbagai rekaan instant shawl yang boleh ditemui dalam pasaran. Dengan adanya trend HIJAB FASHION 2015 segalanya menjadi mudah, pelbagai pilihan stail tudung terkini dan mudah pakai yang boleh diperolehi.

Secara amnya tiada panduan tetap mengenai stail dan warna yang paling sesuai untuk dipakai, bergantung kepada pilihan kita sendiri. Bercorak atau tidak bercorak, yang penting harus bijak memadankan dengan pakaian pilihan anda. Sebagai contoh, jika pakaian tersebut tidak bercorak, gayakan dengan tudung bercorak dan jika pakaian bercorak, pilihan tudung kosong adalah yang paling sesuai. Untuk kelihatan lebih berani kita boleh memilih colour blocking. 

Tepuk dada tanya hati, pilihan terletak dalam diri kita sendiri.

 

No comments: