MY IKLAN

MY IKLAN

Sunday, October 18, 2015

Program Masak Bubur Asyura Taman Sg Dua Utama Fasa 2

Assalamualaikum w.b.t

Hari ini terbukti lagi keutuhan semangat kejiranan taman sungai dua utama Fasa 2, program memasak bubur asyura telah berjaya diadakan. Walaupun tidak dapat turut serta kerana komitmen kerja, kemeriahan turut dapat dirasai melalui massage dan gambar-gambar yang dikongsikan di group whatssap. Perancangan yang singkat dan berjaya dilaksanakan benar-benar memberi kepuasan kepada semua yang terlibat. Bahan-bahan disediakan secara sumbangan bersama dimana senarai bahan yang diperlukan dikongsi di group dan setiap orang secara sukarela menyediakan bahan yang menjali pilihan. Ada juga tetang yang memberi sumbangan secara tunai, semoga Allah memurahkan rezeki jiran tetangga saya.


Program bermula jam 8.00 pagi dengan bersarapan beramai-ramai di Pondok Seri Embun, diikuti dengan dengan aktiviti memasak bubur asyura dan diakhiri dengan majlis makan tengahari yang disediakan secara potluck. Semuanya dilakukan secara gotong royong bermula dari persiapan tempat sehinggalah kerja-kerja mengemas dan membuka semula khemah untuk dipulangkan ke surau. 



Saya yakin pasti akan ada lagi program-program yang dijalankan dari masa ke semasa demi untuk mengukuhkan semangat kejiranan kami. Semoga ukhwah yang terjalin akan berkekalan dan mendapat keredhaan Yang Maha Esa. Syukur pada Mu Ya Allah, alhamdulillah. Jiran sepakat membawa berkat.



    No comments: