MY IKLAN

MY IKLAN

Tuesday, November 10, 2015

Petua Anak Putih

Assalamualaikum w.b.t

Cuti umum hari ini kami tak balik sg. dua sebab depa kat sana balik kg, jadi kami dua beranak menghabiskan masa di Alor Setar sahaja. Bosan duduk dirumah kami ke AEON Big, kebetulan memang nak survey barang di DIY dan Daiso. Tapi itulah bila dah jalan berdua je memang kena ikutkan ragam ariq je, tak sempat nak belek-belek barang yang dicari. Tak pe le yang penting ariq happy, barang-barang tu lain kali boleh pergi cari.

Kami gunakan lif untuk turun ke tingkat bawah kebetulan ada sorang auntie dalam lif tu. Ariq terkekeh-kekeh gelak apabila diagah oleh auntie tersebut. 

"Putih ooo dia" katanya.

mama hanya mampu senyum je. 

"U makan apa masa mengandung?"

"banyak minum susu ke?".

Sambil senyum saya jawab "mungkin kut", rasanya itu jawapan terbaik.

Sebetulnya saya pun tak ingatkan apa makanan / minuman yang diambil dulu, yang pasti masa mengandungkan ariq, saya suka sangat minum horlick panas kurang manis.

Masa mengandungkan alif 11 tahun lepas, memang amalkan minum soya setiap hari sebab orang kata nanti anak yang dilahirkan akan putih. Tambahan pula air soya nasir yang terkenal di penang ada dijual di gelugor jadi memang senang nak dapat. Alhamdulillah alif dikategorikan budak yang berkulit putih tapi malangnya kulit dia sangat sensitif, kena gigit nyamuk sikit pun boleh berkudis dan berparut. 

Jadi masa mengandungkan adik-adiknya memang takmo ambik minuman soya dah. Alhamdulillah adik-adiknya pun berkulit cerah juga bezanya kulit mereka tidak sensitif sepertimana kulit alif. 

Rasanya kulit putih ini ikut keturunan belah tokwan, sebab family yang lain semua kulit sawo matang je. Tak kisah le apa sekalipun warna kulit anak kita, mereka adalah anugerah terindah dari Yang Maha Esa.

~ mama lenggang kangkung ariq bawa bakul ~

~ Semua benda nak diborongnya ~
~ Penggemar sushi, biasanya beli di Pacific je ~
~ Nak main tapi kaki tak sampai ~

~ Game wajib setiap kali ke sini ~






    2 comments:

    tun_telani said...

    besar dah dia.. tun pon kurangkan soya masa mngandung, sbb takut kulit sensitif, tp minum jugak la jarang2. harith putih ikut abi dia, tp adoii... kulit sensitif betul.. salah mkn sikit satu badan ruam. abih krim dh sapu. kesian tgk tergaru2 masa nk tido mlm2.

    Kak Sam said...

    ala sian harith.. kulit sensitif ni kena jaga betul tun.... risau takut berparut sampai besar..