MY IKLAN

MY IKLAN

Sunday, November 23, 2014

Beratnya Makan Pagi!!!


Assalamualaikum w.b.t
Hampir 2 1/2 bulan berkhidmat di negeri jelapang padi ni. Mula-mula memang terasa sangat perit terpaksa pjj dengan hb, alif dan aqil. Alhamdulilah sekarang ni dah ok sikit, redha dengan ketentuan Yang Maha Esa itu adalah yang terbaik. Pagi ahad saya dan ariq akan bergerak ke alor setar selepas subuh, petang khamis selepas waktu pejabat kami berdua akan pulang ke butterworth. Apa yang saya perasan kat sini kebanyakan tempat menyediakan menu makanan berat pada waktu pagi. Maksudnya juadah makan tengahari bagi saya dijual awal pagi. Kalau dulu makan pagi paling berat adalah nasi lemak, kadang-kadang nasi goreng, bihun, mee/kuetiau goreng, tosai, roti canai, capati dll. Tapi sekarang ni bila pergi kantin/kedai tengok nasi putih, gulai ikan, sambal sotong, gulai ikan masin, asam pedas, ayam masak merah dll siap menanti pelanggan. Memang tak ambil le kan, tapi tu le kalau turun pukul 1 tengahari mesti dah habis. Menurut orang kedah, memang menjadi tradisi di sini makanan berat diambil pada waktu pagi. Makanan tradisi yang telah dicuba adalah pulut + nyior + ikan masin, pelik tapi sedap. Harap-harap boleh biasakan diri dengan cepat.


    2 comments:

    tun_telani said...

    Sedap tu pulut nyior ikan masin.. tun kalau dpt tu mmg x hingat dunia makan, lepas tu kembong perut.. haha..
    sedihnyer pjj.. semoga ada hikmah disebaliknya..

    Kak Sam said...

    Akak mula2 tengok opismate makan Ya Allah kecur liur... apalagi join sekali le. mmg best.
    Doakan yea tun moga akak boleh balik keje kat penang cepat.