Cadangnya hari ni tak nak cerita pasal makanan tetapi bila difikir-fikirkan kejadian tengahari tadi jadi putuskan untuk tulis pasal kerepek di atas. Hari ni pergi tesco, tengok arrowhead/ ngaku dah ada di pasaran. Seperti biasa ramai orang cina yang berkerumun memilih-milih. Aku pun apa lagi menyibuk le sekali. Diaorang beli punya le berplastik-plastik, aku fikir nak beli 10 biji je. Hehehehe bukan apa malas nak duduk kat dapur lama-lama. Tiba-tiba ada sorang kakak datang kat aku tanya macam mana nak makan buah tu. Aku pun jawab le macam masak kerepek pisang dan terang sekali cara nak buat (konfiden gilerrr). Dia jawab nak cuba juga le. Petangnya bila mood rajin aku datang terus ke dapur. Bila dah siap kupas tengok ada 9 biji je. Macam tak sekolah plak (Silap kira le tu). Sebelum taip n3 ni tengok kat dapur Kak Nor puan ada jugak kerepek ni.
~ Sebelum ~ |
* Arrowhead/ Ngaku
* Penyagat
* Minyak masak
* Air + Garam
Cara-cara
1. Buang kulit Arrowhead/ Ngaku dan basuh bersih
2. Rendam seketika di dalam air yang telah dicampur garam
3. Sagat Arrowhead/ Ngaku dan goreng sehingga garing/ kekuningan.
Nota: Berhati-hati semasa menyagat ye.
~ Selepas ~ |
2 comments:
salam dr k.nor.. slmt dtg ke alam blogging.. seronok bila masuk sini, tengok2 ada resipi k.nor yg dah dicuba tu.. Mihun Goreng Tomyam dan juga kerepek arrowhead yg pernah k.nor cuba gak..
smoga ukhwah berkekalan antara kita ya... :)
Insyaallah k.nor. Bersama-samalah kita mengeratkan tali silaturahim ini w/pun hanya di alam siber. Banyak lagi resipi k.nor yang nak dicuba ni.
Post a Comment