MY IKLAN

MY IKLAN

Wednesday, December 22, 2010

Mee Goreng Basah

Assalamualaikum...
Hari ni hubby nak makan mee goreng basah ye la hari tu kan hasrat tak tercapai. Lepas ambik anak-anak terus pergi kedai nasib baik semua yang diperlukan ada. Seperti biasa sampai rumah terus siap2kan semua bahan. Lepas sembahyang maghrib baru masak. Lupa pula resepi search masa dalam perjalanan nak pergi Islah. Kalau nak cuba boleh ada kat bawah ni saya copy dari myresipi.
Sumber : tulip77@myresipi.com

Bahan-bahan ( 5 org makan )
  •  600g mee kuning
  •  2 ekor sotong – saya letak 3 ekor
  •  6 ekor udang basah – saya letak 9 ekor + daging
  • 3 pokok sawi
  • 1 sb pes lada kering
  • 2 sb minyak masak
  • 1/2 sb sos tiram*
  • 4 sb sos tomato*             *saya ganti dengan 4 sb sos mee goreng
  • 1/2 sb kicap pekat*
  • 3 cawan air panas
  • 3 ulas bawang putih
  • garam, gula & ajinomoto
  • ** lada jeruk ** - tak buat pun nak makan cepat le katakan
  • cuka
  • gula & garam
  • lada besar hijau

Cara-cara
~Inilah hasilnya~
  1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih hingga naik bau. Masukkan pes lada tumis sekejap. Masuk sotong & udang gaulkan sebati.
  2. Masuk sos tomato,sos tiram,kicap pekat,gula,garam dan ajinomoto. Kacau biar sekata. Masuk air panas dan biar menggelegak. Rasa cukup semua bahan perasa. Adjust ikut selera anda.
  3.   Masukkan mee kuning & gaul sebati. Masukkan pula sawi (daun shj), kalau nampak air mcm dah kering atau tak cukup basah blh tambah lagi air panas.Kecilkan api & biar selama 4minit. Kemudian gaul2 sekejap,bila semua perasa dah meresap dalam mee, tutupkan api. Masukkan taugeh dan gaul sekata.Dalam gambar xda taugeh...stok taugeh takda kat umh...
  4. Alihkan mee kuning dari kuali, jgn biarkan dlm kuali, air mee akan kering. Makan panas2 bersama lada jeruk,taburkan dgn daun bawang & bawang goreng.
  5. Lada jeruk : Potong lada menyerong. Dalam mangkuk masukkan lada. Masukkan juga cuka hingga menutupi lada. Masukkan garam & gula. Rasa ok ke tak...adjust ikut selera anda. Lada jeruk nih buat banyak pun takpa sbb boleh simpan dalam peti sejuk.


No comments: