Assalamualaikum…
Hari ni tak nak cerita pasal masak memasak tapi nak nak cerita pasal Cuti-Cuti Malaysia. Sebenarnya percutian ni masa bulan November lepas. Kita ni punya le kempunan nak pergi Langkawi masa mengandungkan si Aqil tu lagi. Tapi hubby kata payah pergi jalan-jalan masa mengandung nanti tak larat le, nak pengsan le dan macam-macam lagi yang seangkatan dengannya. Bila semuanya dah selamat rancang bulan 7 hari tu nak pergi siap dah ajak PIL tup tup tak jadi jugak. Tup tup hubby ajak pergi Melaka jadi sebagai isteri mithali ikutkan je le rancangannya.
Gerak dari penang sekitar jam 7.00 pagi dan tiba di Tol Ayer Keroh jam 2.00 petang, yang seronoknya masa aku memandu kereta punya le bagus pecut kat lane kanan tup tup kat satu jejambat tu ada polis duduk (speed trap le kut). Aku tekan lebih daripada 120km/jam. Habis le lepas ni mesti dapat surat cinta. Sapa nak bayar tu?. Alhamdulillah sampai sekarang tiada sebarang surat cinta di terima.
Hubby dah tempah hotel kat town, Sri Costa namanya. Tapi lepas je bayar tol tengok kereta jalan punya le banyak bergerak macam kura-kura. Menguji kesabaran sungguh, bayangkan dari Ayer Keroh ke Bandar Hilir mengambil masa sejam lebih. Bila dirisik-risik memang cam gitu le jika ke Melaka pada waktu cuti.
Sampai kat hotel terus check-in tapi sayang layanan kakitangan kat sini tidak mesra. Ada panggilan daripada costumer bertanyakan arah kiblat, tiada seorang pun yang tahu mereka saling bertanya sesama sendiri. Aku dengan hubby memang dah jeling menjeling le. Lagi satu kat sini pekerjanya macam tidak diberikan latihan yang secukupnya manakan tidak bersembang punya le kuat sampaikan kami di dalam bilik boleh mendengar perbualan mereka diselang seli dengan gelak tawa yang agak kurang sopan. Makanan pula biasa-biasa aje. Tapi lokasi memang strategik nak pergi semua tempat dalam bandar hanya berjalan kaki sahaja. (Itu le kriteria utama my hubby). Harga pulak pada aku agak mahal berbanding dengan perkhidmatan yang diberikan.
Secara keseluruhannya Melaka memang merupakan tempat yang patut dikunjungi oleh semua orang manakan tidak dengan tinggalan sejarah yang ada dijaga rapi ditambah pula dengan usaha KN mewujudkan pelbagai produk pelancongan menjadi daya tarikan ke arah merealisasikan Melaka pusat pelancongan termasyur. Antara yang menarik perhatian aku adalah beca yang dihias cantik dan dipasang dengan muzik yang memeriahkan suasana. Amat kreatif. Terdapat pula anak muda, remaja dan wanita yang menjadi pengayuh beca bebeza sekali dengan pulau pinang.
Menara Taming Sari membolehkan pengunjung menyaksikan keindahan Bandaraya Melaka dari atas. Alif punya le teruja untuk menaikinya sejak hari pertama sampai lagi. Kami pergi awal sekitar jam 8.30 pagi bagi mengelakkan beratur panjang. Kami juga berkesempatan menaiki River Cruise pada waktu malam memang cantik. Aku kagum dengan usaha-usaha yang telah diambil oleh KN bagi menjadikan sepanjang pesisir sungai menjadi cantik dan menarik ditambah dengan lampu-lampu yang pelbagai bagi menerangi setiap struktur binaan yang ada. Cuma bau sungai agak kurang menyenangkan. Semasa aku ke Bengkel di Putrajaya baru-baru ini dimaklumakan KN bersama jabatan-jabatan berkaitan telah menemui kaedah untuk mengurangkan dan seterusnya menghilangkan bau berkenaan yang mana ianya akan dilaksanakan tidak lama lagi.
Aku juga berkesempatan bertemu dan bersembang dengan 3 orang teman serumah dan sekuliah dulu yang telah lama berjumpa (lebih 7 tahun). Nasib baik le para suami amat memahami dan memberikan kerjasama sebaiknya. Manakan tidak para ibu bersembang sepuas-puasnya jadi anak-anak dikawal oleh si ayah.
Kata-kata Alif semasa dalam perjalanan pulang ke penang amat menarik perhatianku “Mama nanti bila Aqil dah besar macam Abang Long kita mai lagi ye. Abang Long suka le jalan-jalan kat Melaka”. Insyaallah jika panjang umur dan dimurahkan rezeki permintaannya akan kami tunaikan.
No comments:
Post a Comment