MY IKLAN

MY IKLAN

Monday, January 24, 2011

BUAH KIWI

Assalamualaikum...
Menu malam ni hanyalah 2 biji buah kiwi. Diet le konon. Sebenarnya hari ni mendung berarak awan kelabu, tu yang nak makan pun tak berselera dan mood untuk ke dapur hilang entah ke mana. Masa duk makan buah ni dengan aqil terfikir untuk kongsikan khasiat buah ini di sini. 


Sama ada dimakan begitu sahaja atau dijadikan minuman mahupun salad, buah kiwi merupakan cara yang mudah dan segar bagi memastikan anda dilengkapi nutrien yang secukupnya agar terus kekal sihat. 

Buah kiwi merupakan sumber Vitamin C paling baik berbanding buah oren. Ia terbukti membantu pergerakan plasma dan mampu menyimpan Vitamin C di dalam sel badan. Selaku antioksidan selular yang kuat, umum mengetahui kepentingan Vitamin C dalam meningkatkan imuniti badan bagi melawan bakteria. Kajian terbaru menunjukkan sumber Vitamin C yang baik daripada buah kiwi sebenarnya membantu penyerapan zat besi daripada sumber makanan lain. Oleh itu, selain daripada menghilangkan rasa lapar pada waktu malam, memakan buah kiwi secara harian berupaya memastikan anda mendapat Vitamin C yang secukupnya.

Buah kiwi juga mempunyai kandungan asid folik yang tinggi. Sekiranya anda merancang untuk mengandung dan mula memakan buah kiwi secara teratur, anda sudahpun berada pada tahap permulaan yang baik.

Buah kiwi juga mengandungi kandungan serat yanng tinggi, dimana serat sebiji buah kiwi sama seperti semangkuk bijirin. Serat adalah bagus bagi mengumpul dan membuang toksin daripada kolon. Oleh yang demikian, ia dapat mengelakkan kanser usus.

Kajian juga telah menunjukkan bahawa memakan sebiji buah kiwi sejam sebelum tidur dapat meningkatkan kualiti tidur. Ia dapat menenangkan dan menstabilkan perasaan seseorang kerana kandungan kalsiumnya yang tinggi. Inilah cara terbaik untuk anda mendapat tidur yang lebih panjang dan lena, sambil menghilangkan kerisauan tentang kesihatan anda.

Disamping itu juga, antara sebab terbaik untuk menjadikan buah kiwi sebahagian daripada makanan harian ialah jumlah potassium yang terkandung dalam buah hebat ini. Dengan hanya satu hidangan, ia mengandungi lebih banyak potassium berbanding pisang. Potassium melawan efek garam (sodium) bagi mengurangkan tekanan daraht tinggi.

Sumber: Majalah Pa&Ma bil. 124.

4 comments:

anymz said...

salam kak sam
bagus ada info tentang buah kiwi ni.akak suka makan buah kiwi..banyak serat.lagi elok makan dgn oat kan?..oh terima kaseh sudi follow akak..akak dah link blog kak sam dah, cuma akak tak dpt nak folo balik.ntah masalah apa ntah.

~Norul Mas Hana ~ said...

Salam kak sam....buah ni saya sukaaa...

azieazah said...

Memang buah kiwi ni sedap. Boh dlm peti sejuk, perhhh sejuk tekak.

Belah dua, korek dgn sudu. Kalu makan dgn aiskrim, lagggggiiiii sedap!

Thanks berkongsi info.

Kak Sam said...

anymz
Tak penah pulak try makan ngan oat. Insyaallah 1 hari nanti. Tq sbb buat link tu.

Norul
Baguih3

Azie
Tq ek. Nanti saya try.