Assalamualaikum....
Hari ni penang cuti umum. So berkesempatan le nak mencuba resepi2 yang dah disenaraikan. Malam tadi duk punya le fikir apakah menu pagi ni. Kalau nak buat ala2 omputih mesti kena reject. Punya le duk fikir tapi tak dapat menu yang sesuai pun. Tup3 buka je mata pagi terus terasa nak makan sandwich goreng. Tak penah buat pun. Biasanya makan sandwich goreng ni kalau balik kampung. Adik buatkan (Apa punya kakak le ni). Tengok kat dapur ada roti yang hubby baru beli malam tadi. So apa lagi projek pun diteruskan. Resepi ni main belasah je. Alhamdulillah menjadi dan yang lagi penting hubby kata sedap. (Tu yang lulus untuk dimasukkan kat sini).
~Banyaknya jerawat gunung berapi~ |
Bahan-bahan
- 8 kpg Roti Gardenia
- 2 ktl ikan sardin cap CINTA + 3 sb sosnya
- 1 labu bawang besar saiz sederhana ~ dincincang halus
- 1 biji limau nipis
- 1 biji lada merah ~ dincincang halus
- 3 sb mayonis
- Sedikit garam
- Sedikit daun sup + daun bawang
- 4 sudu besar tepung gandum
- 1/4 sudu besar serbuk kunyit utk pewarna (kalau tak suka tak yah letak)
- Minyak yg cukup utk menggoreng
- sedikit air
- Untuk menyediakan inti sandwich, masukkan sardin dan sosnya ke dalam periuk. Masak dengan menggunakan api yang kecil dan hancurkan sardin dengan menggunakan senduk.
- Masukkan bawang besar dan cili merah. Diikuti pula Perahkan limau.
- Kacau sehingga sos tadi agak kering. Masukkan garam secukup rasa. Ketepikan dan biarkan ianya sejuk. Apabila telah sejuk masukkan mayonis. Gaul sehingga sebati.
- Panaskan minyak dalam kuali.
- Dalam bekas lain bancuh tepung gandum dengan sedikit minyak panas. Kemudian tambahkan air. Kecairan/ kepekatan bancuhan tepung bergantung kepada selerasendiri. Tambahkan kunyit untuk menjadikan bancuhan tadi bewarna kekuningan.
- Ambil roti dan tekan2 sedikit supaya ianya padat. Masukkan inti sardin tadi dan lipat roti dan tekan bahagian tepinya. Celupkan dalam bancuhan tepung dan goreng sehingga garing.
2 comments:
Salam kunjung balas Sam..thanks ye sudi follow n singgah selalu dpur akak tuh...akak ni masak sempoi2 jek..kita kerja ofis ni, balik kdg2 lewat teramat...pastu kepala mengong nak pkir menu..hehe...apapun, masak tetap masak, menu apa, tibai jek..hehe..Happy Cooking!
Tq. K ummi x kisah ye saya cuba resepi nanti.
Post a Comment