MY IKLAN

MY IKLAN

Saturday, January 15, 2011

DONUT KENTANG

Assalamualaikum....
Minggu lepas semangat nak buat donut ni terkubur selepas cubaan pertama menemui kegagalan. Masa tu ambik resepi kat MyResipi. Tak tau le kat mana silapnya. Malas nak buat post-moterm masa tu. Tapi bila hana bagi sokongan terus semangat tu bangkit kembali. Bukannya apa alif suka makan donut tapi tak penah makan pun hasil tangan mama dia. Siankan. (Hehehehe la ni baru insaf). Tambahan pulak hubby duk puji nasi ayam kat bawah ni sedap, lagi le berkobar2. Ikut sebijik2 resipi yang ditayang kat dapur hana. Alhamdulillah amat sedap sekali. Mama yang makan banyak. Tapi dari segi rupa hancusssss. Tu la cikgu dapat satu je yang lawo, anak murid langsung takde yang lawonya. Gasak situ le. Tadi lepas bentuk doh tu pergi swimming sat sementara nak tunggu dia naik 2 kali ganda. Bukan apa la ni risau bangat, duk try resepi kat dapur cikgu2 tak sedar lemak duk berkumpul membina empayar. Tidakkkkkkk. So cikgu hana saya copy paste kat sini ye nanti kalau nak buat lagi takyah le menyelinap ke dapur orang lagi.

~W/pun tak lawo nak juga tayang kat sini~

RESEPI DONUT KENTANG
source : mariam, kak.nor, hana

Bahan-bahan
  • 250 gram tepung gandum
  • 80 gram kentang yang telah direbus dan dilenyek ( lebih kurang 2 biji kentang saiz kecil)
  • 2 sudu besar susu tepung/skim milk
  • 1 biji telur ( dipukul sedikit) - size kecil
  • 80-90ml susu segar boleh ganti dengan air suam
  • 1 1/2 sudu besar marjerin
  • 2 sudu besar gula
  • 4 gram yis ( 1 1/2 sudu kecil)
Cara-cara
  • Masukkan semua bahan dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut, Uli selama 8 hingga 10 minit. Kalau guna BM, tekan ON dan tunggu je siap, kemudian boleh terus bentukkan.
  • Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Masa perapan lebih kurang 40 minit atau 1jam.
  • Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada beberapa bahagian kecil dah lubangkan di tengah-tengahnye, seperti bentuk donut. Susun donut di atas dulang dan biarkan sehingga donut naik dua kali ganda.
  • Goreng di dalam minyak panas sehingga perang, dan salut donut kentang bersama serbuk gula ataupun coklat masakan. Sedia untuk dihidangkan.
P/s: Salut ngan gula icing sbb gula caster out of stock. Suka hati je kan.

3 comments:

K.Nor said...

sam.. keep it up!! jgn give up! insyaallah boleh punya.. :)

Mas said...

kak sam....sedapp tu yang penting..rupa boleh diperbaiki...

Kak Sam said...

K nor n mas tq...tq...tq. Semangat3...