Assalamualaikum...
Hari ni semangat sungguh rasanya. Lepas siap basuh kain terus pergi pasar bayan baru. Beberapa menu telah dirancang untuk tengahari ni. Antaranya adalah lala masak bercili. Tapi malangnya sampai kat pasar tengok lala dah habis. Mana taknya pergi pasar kul 10.00 memang le dah habis. La ni tengok harga barang2 kat pasar naik takut dibuatnya. Punya le mahal. Tengok barang yang dibawa sikit je tapi beg duit dah kempis. Rasanya cam kena bercucuk tanam sendiri je. (Duduk pun kat tingkat 3 ada hati nak bercucuk tanam). Tunggu pencen le kut.
Atas nasihat teman2 sepejabat dalam seminggu dua ni elakkan daripada membeli santan. Almaklum le semalam kan ada upacara pecahkan kelapa kat atas jalan. Secara logiknya ke mana ye kelapa yang bertan2 tu akan dihantar? Tettttt....
Menu utama hari ini adalah ikan siakap masak kukus. Resipi skodeng kat dapur cikgu yatie. Disebabkan hasilnya amat membanggakan maka kopipes le kat sini. Cikgu tak marah yek?
RESEPI IKAN SIAKAP KUKUS
Sumber: CMG & Yatie
Bahan-bahan ( 5 - 6 orang )
- 1 ekor ikan siakap (ikan merah/kerapu atau ikan bawal putih pun ok(
- 1/2 camca teh garam
- 1/2 camca teh tepung jagung
- 1/2 camca teh lada sulah
- 3 camca besar jus limau kasturi*
- 1 1/2 camca besar minyak masak*
- 1 1/2 camca teh gula*~ saya tak letak
- 5 - 10 biji cili padi, dihiris*
- 2 batang serai, dihiris halus*
- 1/2 kuntum bunga kantan, dihiris*~ saya tak letak
- 1 helai daun limau purut, dihiris halus*
- 1/2 inci halia muda. dihiris halus*
- 2 ulas bawang putih, dihiris halus*
- 1/2 camca teh serbuk pati ikan bilis atau 1/2 kiub pati ikan bilis maggi*.
- 1/2 sb Sos Ikan ~ saya tambah sendiri
- Ikan dicuci bersih dan lumurkan dgn garam, tepung jagung dan serbuk lada sulah. Ketepikan sementara membuat sosnya.
- Dalam satu bekas satukan kesemua bahan sos (yang bertanda '*") hingga sebati. Ketepikan.
- Panaskan kukusan dan sediakan bekas tahan panas. Letak ikan tadi ke dalam bekas tahan panas dan tuangkan sosnya rata termasuk bahagian dalam belahan perutnya.
- Kukus kurang lebih 10 minit bergantung pada saiz ikan atau apa bila daging ikan bertukar menjadi putih. Siap untuk dihidangkan dgn nasi hangat.
- Selok-eloknya dimakan segera selepas proses mengukus.
No comments:
Post a Comment