MY IKLAN

MY IKLAN

Saturday, January 29, 2011

Siakap Bakar Berempah Woku

Assalamualaikum...

Ini adalah menu utama untuk lunch hari ini. Bukannya apa bila nampak je kat dapur k yatie hari tu terus tergoda. Teringin nak tau apa rasanya. Ye la namanya tu menarik perhatian. Alhamdulilah tak rugi mencuba resepi ni. Memang sedap. So kopipes kat sini nanti senang kalau nak buat lagi. 



Resepi Siakap Bakar Berempah Woku
Tq to Kak UmmiMas & Kak Yatie


Bahan -Bahan
2 ekor (550 gm) ikan siakap - dikelar-kelar - xde! ikan apa2 ajer!
2 sudu teh air perahan limau nipis
1 sudu teh garam

# Lumur ikan dengan limau nipis dan garam. Perapkan 15 minit. Bersihkan dan ketepikan
8 helai daun limau purut - buang tulangnya dan hiris halus
4 helai daun pandan - hiris halus
2 helai daun kunyit - hiris halus
3 batang serai - ambil putihnya dan hiris halus
5 tangkai selasih - diambil daunnya - x ltk
2 biji tomato merah - potong dadu
250 ml air
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh gula pasir
2 tangkai daun bawang - dipotong-potong
3 sudu makan minyak masak untuk menumis

Bahan Kisar
12 biji bawang merah
7 biji cili padi merah
5 biji buah keras - bakar kejap
3 cm kunyit hidup - bakar - tak bakar pong dua2
2 cm halia

Bahan Pelengkap
Daun senduduk secukupnya-tak letak sbb takde
1 biji timun - dipotong serong
4 tangkai selasih
6 biji cili padi merah hiris untuk tabur



Cara Memasak :

  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan kisar, daun limau, daun pandan, daun kunyit dan serai sehingga terbit aroma.
  2. Masukkan tomato dan kacau hingga layu.
  3. Masukkan air, gula pasir dan garam. Masak sehingga matang dan mendidih.
  4. Masukkan daun selasih dan ikan siakap. Masak sehingga kuah menyerap.
  5. Sediakan alluminium foil yang telah digriskan sedikit minyak dan letak angkat ikan tadi di atas alluminium foil.
  6. Tuangkan juga semua kuah pekat tadi rata-rata menyaluti ikan.
  7. Bakar selama 30 minit dengan suhu ketuhar 180C sehingga ikan masak.
  8. Hidangkan bersama pelengkapnya dan bahan taburan cili padi hiris.

11 comments:

Mas said...

haaa..sedappkan kak siakap bakar berempah woku ni...mas pun sangat suka....sangat sedapppp kan kak....
rasa macam nak buat lagi lak....

hani said...

wah..posing baik nampak...sib baik akk jauh, kalau dekat dah lama saya seranggggg

Kak Sam said...

Mas
Memang sedap sangat. Buat le cepat2 pastu bagitau akak. Leh le akak pi Shah Alam.

Hani
Serang le....

kak Erna said...

as salam sam.
akak tergoda jugak ni..ramai yang kaa sedap..bila la sempat nak buat ni..terima kasih sam

lina said...

salam kak sam - sedap nyer ikan tu :)

Nieza said...

wah sedapnya kak...terasa lapar lak saya mlm2 ni...hehe

~ yus ~ said...

wah! menarik resepi ni...

Tq ye singgah blog yus tu.

Follow u back..:)

Yatie said...

Salam Sam,
Tq mencuba resepi ni..mmng sedapkan...wow menyelerakan betulllah siakap bakar berempah woku ni..akak masih terasa2 lagi kesedapannya....yummy...

Kak Sam said...

Kak Erna
Selamat membuat ye. Nikmati le keenakannya

Lina
Memang sedap.

Nieza
Pergi le tengok apa yg ada dlm esbok tu ye

Yus
Sama2 le kita ye

Kak Yatie
Tq for sharing this recipe

norakhtar said...

cam sedap jer ikan ni..nanti Nor pulak nak mencuba ..

Kak Sam said...

Nor
Memang sedap