MY IKLAN

MY IKLAN

Saturday, January 29, 2011

Spaghetti Tomato Pedas

Assalamualaikum....
Alhamdulillah sehingga ke saat ini hasrat untuk mencuba resepi yang telah di senarai pendekkan tercapai. Insyaallah hasilnya akan dipaparkan kat sini 1 per 1. Mula2 nak tayang my favourite ni, tidak lain dan tak bukan spaghetti le. Biasanya kalau duk makan kat kedai mesti order spaghetti bolognese. Bila cuba resepi yang ditayang kat dapur hana ni hasilnya memang best sangat. Habis 2 pinggan tu. Hubby sepinggan je sebab dia makanan omputih ni memang kureng sikit. Tu pun boleh habis sebab letak cili burung yang diberikan oleh auntie umah bawah semalam. For me kepedasan sos yang disediakan sudah memadai. Tq cikgu hana. Minta izin ye kopipes kat sini.


RESEPI SPAGHETTI TOMATO PEDAS

Bahan-bahan
  • 300g spaghetti - rebus ikut arahan peket dan toskan
  • 200g daging cincang ~ saya letak ayam
  • 3/4 cawan tomato puri - bleh gune sos spaghetti
  • 1-2 biji tomato - potong dadu/baji
  • 1/4 batang carrot - potong dadu *optional
  • *4-5 tangkai cili kering - rebus dan toskan ~ saya taruh 9 tangkai (4+5)
  • *1/2 biji bawang besar kuning
  • *2 ulas bawang merah
  • 1/2 kiub pati kembu@ayam
  • sedikit oregano
  • air secukupnye - spaghetti nih berkuah
  • garam dan sedikit gula@perasa
  • Bahan sampingan - timun, sawi celur, bwg goreng dan daun sup

Cara-cara
  1. Blend bahan yang bertanda *. Panaskan sedikit minyak... Tumis hingga pecah minyak..
  2. Masukkan daging cincang dan juga carrot. Kacau hingga daging berubah warna.
  3. Masukkan tomato puri dan juga tomato dadu. Gaul. Masukkan air secukupnya.. Masukkan garam, gula@perisa dan juga kiub ayam@lembu serta sedikit oregano. Didihkan hingga kuah agak pekat. Matikan api.
  4. Cara hidangan, ambil spaghetti ke dalam mangkuk, tuang kuah dan taburkan dengan daun sup, bawang goreng, timun dan juga sawi celur. Sedia dinikmati.

10 comments:

hana said...

salam kak...
baru perasan banyak n3 tertinggal.... watkan lagi la kak bubur ngan sambak getuk tuh.. ngences dah! spagetti nih pong peberet kiter.... maceh kak eh sudi try.....

*dapat juga tengok famili kak.sam.. comey2 anak2 akak.... macam maknyer... hihi

Kak Sam said...

Hana
Tq. Sambal getuk tu dah jd peberet abg akak.

*malu ahhhh....

Ezadlieza said...

salam k.sam...

lieza tgh skodeng2 nih...nampak tak?

Nieza said...

as salam kak, sedapnya...ni pun my fav saya juga..:)

Sofea said...

salam Sam,selalu gak p sg ara, beli brg2 baking kat JC.

Kak Sam said...

Lieza
Tq. Nampak3

Nieza
Mai le. Nanti saya buatkan.

Sofea
Hehehe kecik sungguh dunia ni

azieazah said...

KAK SAMMMMMM...!
saya minat spagheti tau... buat saya tingin jerrr

Kak Sam said...

Azie
Try le. Sedap sangat. (Anak tekak saya kata)

~Norul Mas Hana ~ said...

Assalamualaikum kak sam..
sedapnya nampak..sesekali kena tukar menu omputih jgk kan..hihi

Kak Sam said...

Norul
Ye betul. Tapi xleh selalu. Nanti jd omputih le plak