Sebenarnya menu ni tak de pun dalam senarai minggu ini. Tapi disebabkan masa pergi pasar nampak lala terus suruh auntie tu timbang. Ni pun kira bernasib baik sebab jadi pelanggan ke-2 terakhir. Ye la minggu lepas masa nak sangat tak nampak pun. Balik umah terus cari kat pakcik google resepi yang sesuai. Jumpa le resepi ni kat sini. Terus le buat. Kopipes kat sini sebab nanti tak payah le tanya pakcik google lagi.
RESEPI LALA SWEET SOUR
TQ TryMasak
Ingredients
Directions
TQ TryMasak
Ingredients
- 1/2 kg lala
- 2 sudu besar sos tiram
- 2 sudu besar sos cili
- 2 sudu besar sos tomato
- 2 sudu besar gula ~ saya letak 1 sudu je
- 2 ulas bawang putih - diketuk
- 1 labu bawang besar - dimayang
- 1 batang serai - diketuk
- 1 biji telur
- Sedikit minyak untuk menumis
- 10 tangkai Cili Padi Kg ~ saya tambah
- Bersihkan lala dan toskan airnya.
- Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bawang putih dan bawang besar yang dimayang. Tumis hingga naik bau.
- Masukkan lala. Kacau dan masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato, cili padi dan gula. Masukkan juga serai dan tumis hingga lala hampir masak. Pecahkan telur dan kacau lagi.
- Angkat dan hidangkan semasa panas. Selamat Try Masak!!!
10 comments:
assalam sam,masak lomak cili padi pun sedap lala ni..hehe
assalamualaikum kak..sedap tgk lala ni..nak beli esok la..blh mkn smbil lalala :)))
Kak anymz
Memang cdgnya nak buat masak lomak. Tapi cam tak kena je ngan pasangannya. Insyaallah 1 hari nanti.
DD
Jangan tidur pun berlalalala sudah ye.
Kak Sam,
sedapnyer lala...lm tak makan..
salam..la sam x tau kedai JC tu ke, tau x quarters TNB..kedai tu area depan, quarters kat belakang.semua barang baking ada, kalau p nanti tinggalan no phone, ada kelas masak dia call bgtau.tapi akak x pernah p kelas pun..hehe
Norul
Hehehe kadang2 tu boleh le. Selalu sgt pun tab bagus gak
Kak Pia
Tq 4 the info. Nanti saya cari.
Wow! LALA, my paberet nih.
Sekali sekala jer masak camnih, selalu tu rebus “bodo” boh lada hitam..
ratah pun sedap ni kan KAK SAM?
salam kak sam - wah sedap saya mmg suka lala...lama tak masak
as salam sam..kalau akak pun..sama dengan anymz..masak lomak cili api..letak serai..
kalau beli sekilo pun tak leh buat lauk..kena ratah aje..
Azie
Setuju sgt le tu.
Lina
Seronoknya ramai yg suka. Hehehe
Kak Erna
Next time nak buet le. Nanti sya jemput akak ye.
Post a Comment