Assalamualaikum....
1 Januari 2011: Pulau Pinang tiada lagi beg plastik. Perkara ini telah oleh Kerajaan Negeri pada 2 November 2010. Langkah ini bertujuan bagi menjadikan Pulau Pinang sebagai Negeri Hijau yang pertama di Malaysia. Perkara ini telah dihebahkan secara meluas di negeri ini. Disamping itu juga Kerajaan Persekutuan telah mengumumkan Hari Tanpa Beg Plastik di seluruh Malaysia adalah pada hari Sabtu.
Namun masih ada pengguna yang tidak mengambil serius akan perkara ini. Sebagai contoh aku le tu. Manakan tidak walaupun perasaan malas keluar rumah menguasai diri namun disebabkan iklan diakhbar menunjukkan bahawa terdapat potongan harga lampin pakai buang (tak mesra alam langsung) maka digagahkan jua untuk ke Tesco selepas solat zohor. Ketika sedang mencari tempat letak kereta (punya le susah) tiba-tiba teringat "alamak hari ni takde beg plastik". Hubby dengan slamber menjawab "beg ada kat belakang tu". Dalam hati " baguih sungguh laki aku ni".
Persoalannya sejauh manakah kempen ini akan berjaya?
Jika dilihat dari aspek tujuan kempen ini dilaksanakan adalah bagi mengurangkan kadar penggunaan beg plastik ataupun barangan plastik di muka bumi ini. Menurut Ketua Pengarah Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara, Datuk Nadzri Yahaya, rakyat Malaysia menghasilkan lebih 19,000 tan sisa pepejal setiap tahun dan 24 peratus daripada jumlah itu adalah pastik. Plastik adalah bahan yang tidak mudah dilupuskan dan mengambil masa berpuluh-puluh atau ratusan tahun untuk dilupuskan. Oleh itu, lebih baik penggunaannya dioptimumkan daripada membiarkannya terus menjadi sampah.
Jika perkara ini tidak ditangani segera bayangkan bagaimana keadaan bumi yang akan diwarisi oleh anak cucu kita kelak. Bumi yang tercemar!. Apakah ini yang kita inginkan? Pepatah ada mengatakan 'Prevention is better than cure' jadi fikir-fikirkan lah.
~Cantikkan~ |
Bagi rakyat di negeri Pulau Pinang perkara ini mungkin sudah tidak menjadi masalah (cth: hubby aku le) kerana ianya telah dilaksanakan secara berperingkat 1 hari, 3 hari dan sekarang setiap hari. Aku yakin jika ianya telah menjadi budaya hidup pasti tidak akan timbul masalah lagi. Walau kemana kita pergi pasti kita akan membawa beg gunasemua. Tambahan pula pada masa ini terdapat pelbagai bentuk beg gunasemula yang memboleh tiada rasa segan/ malu untuk membawanya kemana-mana dan ada yang kelihatan stylo lagi gitu.
Walau bagaimanapun kempen ini masih belum menyeluruh berikutan masih terdapat plastik-plastik yang digunakan di dalam pasaraya bagi membungkus dan menimbang barangan terutamanya di bahagian makanan. Marilah bersama-sama kita memikirkan kaedah sebaiknya bagi memastikan kempen ini terus berjaya. Tiada perkara yang mustahil di muka bumi ini. Jika dilihat dibeberapa negara maju makanan yang dibeli dibungkus di dalam beg kertas. Mungkin itu boleh dipraktikkan di Malaysia juga.
Marilah bersama-sama kita meyokong kempen ini bagi mewariskan bumi yang tidak tercemar kepada anak cucu kita.
Pesanan: Kepada mereka yang ingin berkunjung ke Pulau Pinang sila bawa bersama beg untuk membeli belah demi untuk keselesaan anda.
No comments:
Post a Comment