MY IKLAN

MY IKLAN

Thursday, February 17, 2011

Apam & Hot Air Balloon

Assalamualaikum..
Pernahkah anda menyaksikan persembahan hot air balloon? Saya tak pernah. Tak terfikir pun nak tengok benda2 macam gini. Tapi baru2 ni hubby ada bagitau cuti sekolah bulan 3 nanti nak pergi putrajaya sebab ada 3rd Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2011. Jadi aku tanya le pakcik google pasal fiesta ni. Berdasarkan kepada maklumbalas yang diterima, fiesta ini akan bermula pada 17 March sehingga 20 March bertempat di Monumen Alaf Baru Precinct 2. Disertai oleh lebih daripada 20 balloonist dari 13 buah negara. Kelihatannya sepeti amat menarik dan rasanya sesuai untuk anak2 yang sedang membesar. Insyaallah kalau diizinkan sampai le ke sana nanti. Kalau nak maklumat lanjut boleh le ke sini

Berbalik kepada citer masakan pula, saja nak kongsikan resepi apam ni yang aku dah cuba. Macam2 dugaan yang mendatang masa duk try mengapam ni. Bayangkan dah mula buat adunan, tepung tak cukup. Apalagi berlari ke bawah minta hubby pergi belikan. Masa tu plak hubby tengoh syok make up kan kapcai dia tu. Bila dah siap bancuhan, kena cari bekas besar plak. Ye la pergi gatal buat 1 adunan sapa suruh. Memang jammed dibuat. Nampak sangat tak pernah mengapam sepanjang 33 tahun hidup kat bumi Allah ni. Makan apam pandai pulak. Tq to Kak Nor & Kak Yatie. Berdasarkan kepada ujikaji yang dibuat menu cam gini tak boleh buat banyak dan selalu2 sebab sendiri buat sendiri makan. Akhirnya badan bagai di pam2. Tapi sekali sekala kena buat nanti termimpi2 plak.


RESEPI APAM GULA MERAH
resipi : YatieMemories
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan A
  • 1 cwn gula merah*
  • 1/2 cwn gula pasir*
  • 1 cwn air*
  • 2 helai daun pandan*(* di masak dan sejukkan)
Bahan B
  • 1 sudu besar yis mauripan
  • 1/4 cwn air suam
  • 1 sudu kecil gula pasir
Bahan C
  • 3 cwn tepung gandum
  • 1/2 cwn tepung beras
  • 1 cwn air
Cara-Cara
  1. Masak bahan2 (A) bertanda* hingga gula larut dan sejukkan.
  2. Bancuh bahan B dan biarkan 5 minit atau sehingga berbuih.
  3. Campurkan ke semua bahan C ke dlm mangkuk besar dan masukkan sekali air gula yg telah sejuk tadi.(Masukkan dlm blender lagi senang)
  4. Gaul sebati dan masukkan bahan C tadi. Gaul sebati, setelah sebati, tutup dan biarkan perap selama 1 jam atau naik 3 x ganda.
  5. Lenserkan loyang dngn sedikit minyak dan tuangkan adunan ke dlm loyang dan biarkan selama 10 minit.
  6. Kukus adunan selama 40 minit dngn api sederhana kuat.
  7. Biarkan betul2 sejuk barulah di potong dngn pisau tajam dngn cara spt gergaji kedepan ke belakang supaya kuih tak kelihatan mampat.
=Sedap di makan bersama kelapa parut putih yg di gaul dngn sedikit garam.



12 comments:

izahdaut said...

kak sam.. wah siok cuti2 nnti yee...
napa kt umh tak lku ke apam2 ni?
haa bak mai la seteng loyang....hihi

~ yus ~ said...

wah apam. Boleh cuba ni..:)

sahromnasrudin said...

nk try gak tgk belon udara panas tue..kat putrajaya kan

Kak Sam said...

izah...
Kena cari rsepi apam bercili baru laku kut. Nanti akak kurier pada izah yea

Kak Sam said...

yus
cuba...cuba..jangan tak cuba

Kak Sam said...

Sahrom..
yap. mari le beramai2 kita memeriahkannya. hehehehe confident je

Amy Syaquena said...

nak cuba la selalu buat x jadi hope kali nie kalau try jadi la huhu...

Chik Mimi said...

Assalam kak sam,tq singgah umah yg tak seberapa tu,oo kat penang jugak ye kat mana tu?

Kak Sam said...

Amy..
try je. insyaallah jadi punya.

Kak Sam said...

Chik mimi
sama2 tq.

Ezadlieza said...

as'kum k.sam...

Lieza nak apam tu 5 ketoi..ada lagi ker...masak apa hari ni k.sam....?

Kak Sam said...

Liaeza..
Maaf le semua telah selamat. Masak apa hari ini? .... Tungguuuuu....