MY IKLAN

MY IKLAN

Wednesday, February 16, 2011

CILI HIJAU GORENG BERTELUR

Assalamualaikum.....
Hari tu masa nampak menu ni kat i love my life yang tengah buat cabutan undi terus jatuh cinta. Bukannya apa kat rumah ni ada orang makan nasi berulamkan cili api. Jadi rasa cam sesuai sangat le kan. Sekali sekala mencuba benda yang tak pernah dirasa amat mengujakan. Kiranya dah dua homework yang cikgu hasue bagi telah disiapkan. Berapa bintang yea? Kepada penggemar2 cili menu ini adalah disarankan dan makan bersama nasi panas2 yea. Kepada tuan empunya resepi minta izin yea kopipes kat sini. Tq..tq..tq
RESEPI CILI HIJAU GORENG BERTELUR
Sumber: sue-hasue.blogspot.com

Bahan2:
  • 10 btg cili hijau
  • 1 btg cili merah
  • 5 biji cili api(optional-kalau cili hijau n merah dah pedas takyah laa letak)
  • 2 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 biji telur ayam
    Garam n perasa/gula secukupnya
    Sedikit minyak untuk menumis
Cara2:
  1. Cili hijau dipotong memanjang kemudian dihiris agak halus. Buang bijinya
  2. Tumbuk halus-cili merah,bawang merah dan bawang putih
  3. Telur dipecahkan dalam mangkuk n dipukul sedikit
  4. Panaskan minyak dalam kuali,tumiskan bahan yang sudah ditumbuk sehingga wangi kekuningan
  5. Masukkan garam n perasa/gula.
  6. Masukkan cili hijau yang sudah dipotong,kacau sebentar
  7. Masukkan telur,kacau kaup balik perlahan lebih kurang 5 saat dan padamkan api.



6 comments:

Mas said...

kak sam..
ari tu dah terliur tengok sue buat..
akak lak menggoda.....
sedappppnya tengok...nnti mas try buat...masuk list dulu resepi ni..he..he,,

Kak Sam said...

Mas memang sedap. Makan ngan nasi panas2.

Piasara said...

saya pun banyak cili ijau kat dlmm esbok.ingat nk buat solok lada..tapi tak pandai,kena google la noo..

mokwonik said...

ya ampunnn!!! tak pedas ke?? ari tuh mokwo makan seketui dua cili api pun dan pedih2 montot dah!!hihi

Kak Sam said...

Piasara
Sekarang ni semua di hujung jari. Minta je kat pakcik google apa yang kita nak. Solok tu pun cam best je. Kena beli cili lagi le nampaknya.

Kak Sam said...

Mokwo
Ni le padahnya bila dapat pasangan yang berulamkan cili api. Jadi semua masakan yang bercili mesti nak try. Kita pun terikut sekali le. Hehhehe