MY IKLAN

MY IKLAN

Tuesday, February 22, 2011

Berakhirnya Suatu Penantian

Assalamualaikum..
Hari ni taknak citer pasal makanan. Sekadar ingin kongsi rasa syukur ini. Alhamdulillah syukur sangat kerana apa yang ditunggu2 beberapa minggu ini telah selamat diterima petang semalam. Mulanya pagi tu aku disapa oleh seseorang yang amat aku kenali. Ayat2 yang keluar dari mulutnya benar2 membuat aku gembira, keliru, gundah gulana, tertanya2 dan bermacam2 lagi. Seolah-olah perkara tersebut adalah benar walaupun aku masih belum melihat hitam putihnya lagi. Aku cuba mencari kepastian. Namun tidak jua diperolehi. Di dalam kekalutan menyiapkan kerja2 di pejabat, kira2 jam 2.30 petang aku menerima panggilan daripada seorang wanita. Beliau memaklumkan berita yang amat aku tunggu2. Aku meminta supaya surat tersebut difax terus ke unit aku. Alhamdulillah syukur pada Mu Ilahi. Engkau telah memakbulkan doaku. Insyaallah 1 Mac 2011 nanti aku akan mula bertugas di tempat baru. W/pun jarak perjalanan yang akan diambil berpuluh kali ganda  berbanding sekarang ini dan melibatkan kos yang agak tinggi, aku redha. Allah Maha Adil. Setiap kesusahan pasti ada kemudahan. Semoga dipermudahkan segala2Nya. Aminnnnn

11 comments:

hani said...

salam kak sam,
kemana kah akan berpindah tu??? cerita tergantung ..nak kena babab akak ni eh??? kekekkekee (gurau tau)

Unknown said...

kak Sam tukar kemana lak tu?dh tak berjiran lah kita nanti...hehe

Lieza said...

k.sam..nak p mana lak tu....btw tahniah yer kak..semoga segala urusan sentiasa di permudahkan oleh NYA.

~Norul Mas Hana ~ said...

pindah mana kak sam....buat episod 2..byk permintaan ni..haha

muzhirah said...

k sam...ini kena sambung episod ni...cam penantian akak tu mmg berbaloi...syukur lah...amin...sambung yer...

Trying To Be Muslim.. said...

Kak Sam....semoga Allah swt mudahkan urusan kak, dunia akhirat....amen....

Wish the best for ya...emmmmuah!!!

HaSue said...

Tahniah kak...semoga segalanya dipermudahkannn..aminnn

Deliah's Deli said...

kak..naik pangkat ye..tahniah!

anymz said...

wah!ko sam..ramai yang bertanya ko senyap je nih...babab vontot sam lima kali..cepat cerita..cerita tergantung tu..tak syok..

Kak Sam said...

kak anymz cukup2. sakit. mcm mana nak duduk. hehehe sori semua. feel takde le sekarang ni. alif demam. nanti ye. insyaallah episod seterusnya akan menjelma. iklan ngan roti sosej dulu.

Nuridah said...

Assalamualaikum Sam

Terima kasih yg sudi singgah keblog kak Nur dan tahniah buat Sam...moga segalanya dipermudahkan oleh Allah....insyaAllah.