MY IKLAN

MY IKLAN

Tuesday, February 22, 2011

ROTI SOSEJ

Assalamualaikum...
Petang semalam sampai je kat umah semangat meroti datang berkobar2. Ye la hari tu suruh  dia pergi bercuti, tu yang balik tak dan2. Kebetulan pula hubby bawa alif pergi klinik. Aqil tidur. So jari jemari pun apalagi terus bertanya kat pakcik google. Tengok roti yang yani buat ni amat menarik dan kelihatan amat mudah. W/pun tak mampu lagi nak menggaji Bibik Melayu tapi dek kerana semangat, jadi membibik kan diri sendiri. Buat setengah adunan je. Kecewa gak le nampak cam tak naik w/pun dah tunggu 1 jam. Tapi perjuangan tetap diteruskan. Masa duk tunggu naik buat kali yang kedua buka balik MyR. Scrol punya scrol baru perasan ayat ni "make sure dry yeast tak bercampur dgn garam.. coz boleh menyebabkan roti tak naik... masukkan separuh tepung, telur, dry yeast, butter dan susu.. kacau.. then barulah masuh separuh lagi tepung dan garam... pastu ulilah..". Hahaha pada muka aku. Tu le taknak baca sampai habis. Demi untuk tidak membazir roti tadi dibakar juga. Ermmm not bad. Lembut tapi tapi tak gebusssss. Kira tak sia2 le menguli kat 25 minit. Kopipes kat sini. Ingat nanti nak cuba lagi.


RESEPI ROTI SOSEJ
Sumber: yani myresipi.com

Bahan-bahan ( 12 biji )
120ml susu segar
50g telur
300g tepung roti
1 sudu kecil garam
3 sudu besar gula
60g butter
1 sudu kecil dry yeast
******************
12 btg sosej
sos tomato/cili
mayonis
telur untuk sapu

Cara-cara
  1. Masukkan semua bahan di atas bertanda (**) ke dalam breadmaker. On kan tunggu siap.
  2. Bila dah siap. Keluarkan dari breadmaker. Tumbuk-tumbuk untuk keluarkan angin. Bahagikan kepada 12 bahagian. Rehatkan 10 minit
  3. Ambik sebiji roti. Buat bentuk panjang lebih kurang 30cm. Pada bahagian hujung, buat leper sebagai tempat penyambung. Kemudian sambungkan pada bahagian hujungnya
  4. Letakkan sosej pada bahagian tengah. Ulang langkah 4-6 sampai habis.
  5. Biar naik 2 kali ganda. Kemudian sapukan dengan telur
  6. Bakar pada suhu 180C selama 10 minit. Kalau roti belum nampak perang, biarkan dalam oven selama 5-6 minit selepas bakar sebelum dibawa keluar dr oven.
  7. Keluarkan roti dari oven dan sejukkan. Bila nak makan bolehlah letak sos dan mayonis.

14 comments:

nOOrsha said...

salam..sedapnye roti sosej..lame dah x wat ni..err ade lg x? heheh

Nieza said...

akak, sedapnya....nk tukar ngan kek lemon coklat la...tapau 5 ketoi wat b/fast esok ni..hehe

~ yus ~ said...

Salam Kak Sam,

Sedap nampak roti sosej tu.

Di umumkan, akak adalah pemenang bertuah 1 Day Lucky Draw saya. Sila ke blog saya untuk lihat.

Jangan lupa email kepada saya nama penuh dan no akaun maybank akak untuk saya bank-in kan hadiah ye.

Saya akan email akak semula untuk kepastian sebelum hadiah di bank-in kan.

sahromnasrudin said...

assalamualaikum..serius mcm yg kat burger king punye..sebijik la..pasti sedap kan

Mas said...

nampak sedapp la roti sosej tu kak.....
nak sikitt..

Kak Sam said...

nOOrsha..
Tengok kat situ noorsha dah buat byk kali yea. Hehehe sedapkan

Kak Sam said...

Nieza..
Awat tak mai ambik lagi. Akak dah tapau siap2.

Kak Sam said...

Yus..
Are u serious? Hahaha didalam kedukaan pasti ada kegembiraan. Suka..suka..suka

Kak Sam said...

Sharom & Mas..
Kalu nak rasa mai le ke penang. Hehehe

lina said...

salam kak sam - wah makin menarik roti nya tu :)

Ayu Safieza said...

adeh....mmmm ayu dah terlambat ni kak sam...errr dah abis la roti sosej tu...sob4!!!

Kak Sam said...

ayu..
len kali yer..

hani said...

salam kak sam,
ni dah bole antor kat kedai ni...hehehhe menarik sudah..nak seketui

Kak Sam said...

Hani..
Nak 5 ketui pun boleh. Mai le.