MY IKLAN

MY IKLAN

Monday, February 21, 2011

Black Pepper Sausage Puff

Assalamualaikum...
Hari ni bertambah lagi satu label kat sini. PASTRY. Waa gempak gitu. Mungkin bagi orang lain apa le sangat yang nak diwar2kan. Tapi bagi tuan rumah ni benda yang tak pernah terfikir akan dihasilkan dengan jari jemari ini memang amat mengujakan. Tapi biasa le bila 1st time buat ni macam2 perkara suka dan duka berlaku. Apa pun yang baik jadikan tauladan, yang tak berapa baik jadikan sempadan. Jangan gelak tengok gambor kat bawah ni ye. Puff yang terhasil punya le gedabak. Macam nak bagi giant makan je. So lain kali kalau nak buat kena potong bagi kecil dulu. Baru le comel. Kan K.Nor... Kan Hana. (Suka tengok puff kat dapur kakak2ku ini).
RESEPI BLACK PEPPER SAUSAGE PUFFsource : kak.rinnchan@fotopages
cnp: hanamemories

Bahan-bahan
  • 6 batang sosej- hana campur crabstick cincang(lenkali takmo cincang) lg sedap rasa manis ketam
  • 1 biji bawang besar, di mayang kasar- hana mayang halus
  • 2 ulas bawang putih, dicincang halus
  • 1 sudu besar sos tiram@sos lada hitam
  • 1 sudu besar cili sos
  • 2 sudu besar serbuk lada hitam kasar
  • 2 sudu besar majerin utk menumis
  • Secubit garam
  • Secubit gula
  • Bijan secukupnya
  • 12 keping puff pastry jenama "kawan"
Cara-cara
  1. Panaskan majerin. Tumiskan bawang besar dan bawang putih.
  2. Masukkan sosej yg telah dihiris nipis. Tumis hingga agak garing.
  3. Masukkan sos tiram dan sos cili. Kacau rata.
  4. Masukkan lada hitam, garam dan gula secukup rasa.
  5. Angkat dan ketepikan.
  6. Sediakan puff pastry. Isikan inti. Taburkan bijan di atasnya. Tutupkan dengan sekeping lagi. Kelar berbentuk "X".
  7. Panaskan oven pada suhu 190 darj cel. Bakar hingga puff kembang dan keperangan.
  8. Keluarkan dan sejukkan di atas redai. Hidangkan dan boleh picitkan sos jika suka.

6 comments:

Nieza said...

kak sam, tak pa kalau besaq tu mkn seketoi dh kenyang..haha tapau saya seketoi dh la nk wat minum ptng ni....hehe

Kak Sam said...

Nieza..
Mai le. Akak pi bungkus sat yea.

Ayu Safieza said...

Kak Sam...puff utk 2 org tapau yer....:)mm yummy......tol tol btol...crabstick lagi best jika tak chop!

Kak Sam said...

Ayu..
Nest time mmg nak try crabstick plak.

hana said...

salam kak.sam cayang...
nk tumpang num ptg sini leh tak? kite bwk skali apam ngan kopi nih..jom kiter gebang2 bawah pokok taugeh... nyamannn rasa redup2... kekekekeke

Kak Sam said...

Jom..jom..jom. kat pokok taugeh depan umah tu ye.