Alhamdulillah. Hasrat dihati untuk menjenguk orang tua di kg tercapai. 1 hari cuti ditambah bagi membolehkan kesamarataan dalam pembahagian masa dapat dibuat. Bertolak dari penang kira-kira jam 12.30 tengahari. Tiba di pasir salak sekitar jam 4.00 petang. Seperti biasa kalau balik kg aktiviti yang pasti adalah makan, makan dan terus makan. Amat mengerikan. Memang tak terkawal dibuatnya.
Duduk sahaja dalam rumah terus dijamu dengan kuih sampan (limas) dan apam. Menu makan malam adalah udang masak sambal dan gulai lemak labu. Pagi khamis bersarapan dengan mee goreng masakan adik dan roti canai yang dibeli oleh suaminya. Kat kg ni ada sorang je penjual roti canai. Rasanya kira ok le jugak. Selepas siap berkemas berangkat ke Pekan Khamis di Seberang Perak bersama hubby, adik, Kak Yati (SIL) dan askar2 cilik yang tidak berjaya diperdayakan. Punya le ramai orang kat pasar tu. Makanan wajib di beli adalah putu tepung beras (betul ke?). Kat tempat lain memang tak pernah nampak putu ni. Sangat lazat. Walaupun dah sejuk tapi masih terasa kelembutannya.
Disebabkan terdapat bahan2 yang tiada untuk melengkapkan sajian mee kari untuk juadah petang nanti, terus menuju ke pasar basah kg. gajah. Setibanya di sana dimaklumkan bahawa stok kerang tidak akan diperolehi untuk tempoh 1 minggu. Tak apa le ketiadannya tidak akan mematahkan semangat untuk menghasilkan mee kari yang lazat. Sebelum pulang singgah sebentar di kedai cendul pak din. Cendul ni memang dari sekolah2 dulu dah ada. Masa muda remaja dulu kalau duduk kat stesen bas mesti minum segelas cendul dan sebungkus kacang kuda. Sakarang ni bisnes ni diwarisi oleh sianak. Harga sebungkus cendul RM 0.70. Murah tak. Beli 11 bungkus ( 1 bungkus tanpa ais untuk apak). Syiok sangat.
Tengahari makan nasi ayam hasil kerjasama 3 emak budak. Petangnya pula ada roti sandwich goreng dan mee goreng. Malam dah tak boleh nak masuk apa2 dah sempat tolong adik layor daun pisang je. Jumaat pagi adik sibuk menyediakan tempahan kuih sampan. Tapi biasa le buat mesti extra punya sebab ni antara kuih kegemaran kakaknya. Kira tak sia2 le tolong layorkan daun pisang. Tu pun terpaksa buat lagi extra sebab tak cukup. Bila ye si kakak nak belajar buat sendiri yek. Tengahari tak masak sebab kakak sepupu adakan kenduri doa selamat. Menu yang disediakan adalah keladi masak asam, ayam pencen masak lemak cili padi dan rendang tok. Tersangat le berapinye. Kira habis le nasi 2 pinggan disebabkan oleh keenakan rendang tok. Kalau sesiapa nak tahu resepinya minta maaf le ye, tuan tanah tak pergi mengaji lagi. Balik dari kenduri terus bersiap2 untuk bertolak ke kg bahagia pula.
My Favourite |
6 comments:
assalam kak sam, wah bkn main syoknya mcm2 makanan mkn no...saya numpang gumbira jer....nanti blk Msia nk balas dendam juga...nk juga mkn mcm2....w/pun sedar diri semakin bulat dh ni..hahaha
salam kak sam - suka nya kuih ni...tak ada skill nak buat bungkus nya itu.
Nieza
Memang syok sgt. La ni kini cari kaedah untuk menghapuskan lemak2 yang sedang bermaharajalela.
lina
Saya pun tak pandai gak. Semua tu adik yg buat. Hehehe
Kak Sam,
sedap tu kuih sampan.. =)
sonoknyer kak balik kampung... ader kuih limas lak tuh! lg puas buat sendrik kan kak... klu bli ciput bona......
Norul
Memang sedap sangat :)
Hana
Buat tak tau, makan tau le. Hehehe almaklum le puteri raja balik kg mesti dilayan baik punya. Hehehehe
Post a Comment