MY IKLAN

MY IKLAN

Wednesday, February 2, 2011

Secawan Teh Tarik + Sepiring Goreng Pisang

Assalamualaikum...
Hari ni dah mula cuti. Cadangnya sat lagi nak berangkat pulang ke kg halaman. Harap2 kat kg nanti berkesempatan untuk meluangkan sedikit masa untuk mengadap lappy. Pagi ni anak2 masih dihantar ke nursery w/pun mak ayahnya cuti. Bukan apa sebelum balik tu nak kasi kemas le ini rumah dulu. Kalau diaorang ada lain yang dikemas lain yang disepahkan. Boleh hangin 1 badan. Bila dah siap semua nanti ambil diorang dan terus gerak balik. Pagi ni berkesempatan menunaikan keinginan tekak untuk menikmati goreng pisang abu. Payah benar rasanya kalau nak dapat makan goreng pisang ni. Kalau kat luar orang duk jual goreng pisang awak je. Bancuhan tepung tanya kat pakcik google. Bukannya apa biasa duk buat bancuhan tepung gandum dan minyak panas. Jadi nak cuba bancuhan lain plak. Almaklum le tengah semangat nak belajar masak kan. Setelah dibelek2 resepi yang ditayangkan maka putuskan untuk cuba resepi kat bawah ni. Bila dah siap buat teh tarik pula. Sesedap-sedap teh tarik ketapang sedap lagi teh tarikku ini. Hehehehe masuk lif tekan butang sendiri.


RESEPI GORENG PISANG RANGUP
Jumpa kat alkiram.net

Bahan-bahan
  • 2 cawan tepung beras
  • 1 biji telur
  • 1sk air kapur
  • 1 sk serbuk kunyit
  • sedikit garam
  • Air secukupnya
 Cara-cara
  1. Bancuhkan bahan-bahan diatas sehingga rata dan biarkan sekejap. Jangan cair sangat
  2. Panaskan minyak yang banyak
  3. Celupkan pisang yang dibelah 2 ke dalam bancuhan tepung dan masukkan kedalam kuali
  4. Bila telah juning keemasan angkat dan toskan

4 comments:

lina said...

salam kak sam - goreng pisang ni kegemaran saya sedap nampak nyer tu

azieazah said...

Salam KAK SAM.
wahhhh sarapan dgn Pisang Goreng. Saya pun suka.

Tapi biasanya bancuhan tepung saya ikut resipi suami. Campur sedikit dgn Kelapa Parut, insyAllah, garing rangup!

Mas said...

rangupnya goreng pisang tu....
mas suka serdaknya...

Nieza said...

kak sam, order goreng pisang 1 pinggan nk yg panas2 tau...ekekeke