Assalamualaikum....
Sebenarnya ni menu breakfast ahad lepas. Memang puas le kiranya 2 hari tu duk membuat homework yang ada. Kalau sebelum ni weekend kalau tak makan kat luar tak sah. Breakfast kat Nasi Lemak Kak Inah Medan Suri, lunch kat Cargas Cafe Bayan Lepas @ Restoran Mak Long. Dinner beli kat pasar malam. Kiranya minggu lepas tiada makanan siap masak masuk ke dalam rumah. Dasyat sungguh. Hehehe best..best...best. Bukannya nak riak atau membangga diri tapi memang tak percaya, dunia baru ini telah dapat mengubah hidup saya. Abg long pun dah tak request nak roti canai @ nasi lemak. Semoga ianya akan terus membawa kebaikan. Insyaallah. Ok le resepi ni saya dapat kat MyR. Tengok ramai yang telah mencuba. Antaranya nOOrsha, hana dan izahdaut. Yang bestnya bancuhan yang pertama tu tak naik2 walaupun dah simpan 1/2 jam. Tak tahu le dimana silapnya. Rasa memang tak puas hati sangat. Apalagi terus buat bancuhan kali kedua. Alhamdulillah cantik kejadiannya. Abg long boleh habiskan 3 ketul makan begitu sahaja tanpa sambal. Hilang terus rasa penat menguli tu. Suka...suka..suka.... Kita layan resepi kat bawah ni.
~Pandangan Atas~ |
BY: yani@myresipi.com
Bahan-bahan ( 8 biji )
- *200g tepung gandum
- *140ml susu/ air
- *2 sudu besar butter/margerin
- *2 1/2 sudu besar gula halus
- *1/2 sudu kecil garam
- *2 sudu kecil dry yeast
- minyak untuk menggoreng
- sambal ikan bilis
- timun
~Pandangan Belakang~ |
- Masukkan ke dalam mangkuk bahan-bahan (*). Uli sehingga tak melekat kat tangan. Buat bulat besar. Biarkan kembang 2 kali ganda.
- Lepas tu , tumbuk-tumbuh doh roti tadi untuk keluarkan angin. Kemudian bahagikan kepada 8 bahagian. Buat bentuk bulat.
- Biarkan naik 2 kali ganda lagi. Kemudian goreng dalam minyak yang sederhana panas sehingga kekuningan.
- Belah 2 roti yang dah masak tapi jangan sampai terputus. Isikan dengan sambal bilis dan juga timun yang dihiris nipis-nipis
~Pandangan Hadapan~ |
Nota: Banyak comot ini orang buat kerja
2 comments:
kak sam..ini fav saya ni.. bilalah nak pandai buat sendiri..hihi
Insyaallah 1 hari nanti pasti norul boleh.
Post a Comment