MY IKLAN

MY IKLAN

Tuesday, February 15, 2011

SOTONG MASAK KUNYIT

Assalamualaikum...
Sebenarnya ni menu berbuka semalam. Beli sotong hari sabtu lepas sebab teringatkan sotong oriental yang  kat helsinki hari tu. Tup..tup bila nak buat ada bahan yang out of stock. Kira homework yang nieza bagi kena tangguh dulu. Terus tanya kat pakcik google dan berkenan dengan resepi ni kat MyR. Nampak plak K Nor antara orang yang dah buat. Jadi apalagi terus jalan. Alhamdulillah amat menyelerakan. Hasue minta izin ye kopipes kat sini.
RESEPI SOTONG MASAK KUNYIT
Tq Hasue


Bahan-bahan ( 2-3 Orang )
  • 400g Sotong (saiz sederhana)-Buang kulit dan dakwat sahaja,potong jika suka.
  • 2 Tangkai cili merah* (boleh letak cili api jika suka pedas)
  • 2 Ulas Bawang Merah*
  • 1-2 Ulas Bawang Putih*
  • 1cm Halia*
  • 4 cm Kunyit Hidup* ~ saya letak srbuk kunyit
  • 1/2 sudu kecil Belacan*
  • 1 Batang Serai (dititik)
  • 3-5 Keping Asam Gelugor(bergantung pd citarasa)
  • 1 Sudu garam,secubit gula,secubit perasa(semuanya bergantung pd citarasa masing2)
 
Cara-cara
  1. Sotong dicuci bersih dan toskan airnya. Bahan2 bertanda * ditumbuk lumat.
  2. Panaskan sedikit minyak,tumis bhn dah ditumbuk sehingga naik bau dan agak garing..Masukkan asam gelugor dan serai.Kacau rata..
  3. Kemudian,masukkan sotong dan kacau sehingga sebati..masukkan sedikit air dan semua bahan perasa..
  4. Jangan masak terlalu lama. Padamkan api apabila semua bahan sudah sebati dan cukup rasa.. *untuk rasa lebih enak,letakkan daun kunyit yang dimayang halus..
  5. Selamat Mencuba.. ^_^


6 comments:

Yatie said...

Assalammualaikum dan Salam Maulidur Rasul.
Sotong msk kunyit mmng sedap...kalau dpt rasa lagi best...burger Msia kat bawah tu mmng kegemaran kami sekeluarga..lama dah tak buat...terliur jek..

Deliah's Deli said...

sedap2!!fav nih :p~

Kak Sam said...

Waalaikumsalam Kak Yatie.
Memang kena ngan tekak saya. Akak buat le burger msia tu pastu kurier kat saya sikit ye.

Kak Sam said...

Del nak ke? mai le sini.

Ida Ddapur said...

sotong msk sempoi2 gini mmg sedap sebenarnya kn k'sam....

Kak Sam said...

Ya betul. 10 markah untuk ida.