MY IKLAN

MY IKLAN

Monday, February 14, 2011

GULAI LEMAK LABU

Assalamualaikum...
Menu ni adalah merupakan pasangan kepada daging goreng berlada semalam. Sebenarnya labu ni dibeli bagi tujuan untuk siapkan homework muffin yang izah bagi. Tapi masa duk fikir gadingan yang sesuai, terdetik pulak masak lemak labu. Pernah jugak le buat menu ni tapi biasa le jarang...jarang. Sekarang ni suka skodeng dapur orang sebelum masak. Ye la nak timba ilmu le katakan. Dulu masa jarang2 masak banyak benda yang dibeli duduk dalam peti ais sampai ke akhir hayatnya. Tapi sekarang ni macam tak cukup2 pulak. Alhamdulillah. 1 amalan buruk telah dapat dikurangkan. Sapa yang punya angkara tu? Sudah tentunya blogger2 masakan yang i follow. Tq..tq..tq.. Menu yang ni skodeng dari DTS. Minta izin yea CMG kopipes kat sini. Selalu berkunjung ke sana tapi macam segan je nak tinggalkan jejak. Napa yea?

RESEPI GULAI  LEMAK LABU
Sumber: CMG@DTS

BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 500 gram labu manis, didadu besar2
  • 8 tangkai kacang panjang, kerat pendek2 ~ lupa nak bubuh
  • 2 batang serai, dititik
  • 1 helai daun kunyti, disiat
  • 1 camca besar udang kering, rendam, tos dan tumbuk kasar
  • 1/2 biji bawang besar, hiris halus
  • 3 ulas bawang putih, dititik
  • 300 ml santan pekat
  • 800 ml santan cair
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Sedikit serbuk kunyit
 CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan labu, bawang hiris, bawang putih, serai, serbuk kunyit dan santan cair. Kacau rata dan didihkan hingga labu 1/2 empuk. Masukkan daun kunyit dan kacang panjang. Biar mendidih.
  2. Tuang pati santan, tambah garam secukup rasa dan sedikit gula, serta lada hitam. Biar mendidih perlahan sambil dikacau sekali sekala hingga labu lembut. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat dan lauk2 lain

4 comments:

suri solehah said...

salam..sedapnya gulai lemak labu..dah lama teringin tapi masih belum jumpa labu..

Nieza said...

Kak sam, canti la langsir baru ni...ingat silap masuk umah tadi...ekekeke btw sedap nengok menu akak ni..tapi nieza kalau mkn labu angin jer bdn ni..tapi kalau jumpa mkn sedap jer.

Kak Sam said...

Suri mai le ke penang. Nati saya buatkan ye.

Kak Sam said...

Tq nieza. Saja nak tukar angin jemu dah mata nengok kaler oren. Labu ni mmg antara penyumbang angin terbesar. Tapi masa makan lupa tu semua. Hehehe