MY IKLAN

MY IKLAN

Wednesday, February 16, 2011

DONUT LABU

Assalamualaikum....
Ni menu breakfast semalam. Ye la masa cuti berkesempatan le buat breakfast kat umah. Kalau hari kerja masing-masing cari breakfast sendiri. Perasan tak, n3 sekarang tak up to date.  Kalau tak perasan abaikan yea. Sebabnya banyak bebenor homework yang nak dihantar kepada cikgu2 semua. Jadi kena ikut giliran le yea. Kalau hantar sekaligus nanti pening pula diorang nak semak. Berbalik kepada menu ni saya ambik dari dapur izah. Mula tu boleh tahan, tapi bila nampak plak kat dapur mas terus tak tertahan. Maka tertangguh lagi le muffin labu tu. Nak buat macam mana layan je le. Nasib baik homework takde dateline. Hehehehe kalau tak mesti selalu kena berdiri atas kerusi. Tak pun lari keliling padang. Izah minta izin ye cNp kat sini. Tq..tq..tq.
RESEPI DONUT LABU
sumber: cook.com
diolah oleh: izahdaut

Bahan2
  • 1 1/2 cawan tepung
  • 1/3 cawan gula ~ lain kali kena kurangkan
  • 1/2 tsp. garam
  • 2 tsp. baking powder
  • 1/2 cawan labu kukus dilecek
  • 1/4 cawan susu segar
  • 2 sudu besar minyak @ mentega cair
  • 1/2 tsp. vanilla
  • 1 telur
Caranya:
  1. Satukan tepung, gula dan baking powder. Gaulkan rata.
  2. Kemudian dalam bekas yang lain satukan labu lecek, susu segar, minyak, essence vanila dan telur. Gaul sebati. dan terus sahaja masukkan ke dalam adunan tepung tadi.
  3. Gaulkan adunan hingga sebati.
  4. Goreng adunan donut dalam minyak yang panas dengan api yang sederhana.
  5. Adunan boleh dijemput menggunakan tangan atau menggunakan sudu.
  6. Angkat donut bila warne bertukar keperangan dan salutkan dengan gula.

13 comments:

Mas said...

wahhh..cantik jer donut akak membulat...
nampak pun gebu..
sedappkan kak...mas pun suka..

lina said...

salam kak sam - gebu nya... mesti masuk list ni..drp blog izah .

~ yus ~ said...

wah! Nampak sangat menarik lah Sam. Boleh cuba juga lepas ni ni. ..

izahdaut said...

alamak..pepagi tayang donut daa..lapooo lapooo..

Kak Sam said...

Mas
Akak sekarang ni memang suka buat bulat2 ni. Hehehe.

Lina
Pandai pun. 10 markah untuk lina.

Kak Sam said...

Yus..
Sila..sila...sila. Jangan malu2 ye. Dah siap nanti campak sini bang 5 ketui.

Kak Sam said...

Izah
Mesti perut tengah nyanyi lagu keroncongkan. Cepat2 kukus kan labu yang ada kat dalam peti ais tu.

sahromnasrudin said...

saya suka donut nie.. ia tak manis sgt dan sgt gebu kan

Paty's Kitchen - Cook with passion. said...

Sedap nampak, boleh try juga

Mimiey.. (^-^) said...

kak sam, ade lagi ke??? mie dtg nak mintak nih.... mie pn asyk tertangguh je nk buat donut labu nih...bilala nak buat nih...huhuhuhu

Kak Sam said...

Sahrom..
Nanti boleh le minta org umah buatkan.

Paty's
Try...try.. jang tak try yea.

Mimiey
Ye la ni mimiey ni rajin sangat. Banyak benda yang nak dibuatnya.

kak Erna said...

As salam sam..nampak gebu dan cantik betul donut labu ni..buat kan hati akak teringin nak mencubanya.

Kak Sam said...

Kak Erna
Cuba le. tak rugi punya.