MY IKLAN

MY IKLAN

Sunday, February 13, 2011

DAGING GORENG BERLADA

Assalamualaikum...
Alhamdulillah weekend kali ni dapat digunakan sepenuhnya untuk menyiapkan homework yang telah disenaraikan. Berjela-jela jugak le list minggu ni. Setelah disenaraihitamkanpendekkan dengan mengambilkira tekak2 yang ada, maka terhasil le beberapa menu yang hebat2 belaka. Mak ai perasannya. Jangan salah faham ye maksud ayat tu adalah menu hebat yang diambil daripada orang yang hebat. Tapi bila tiba kat tangan aku, apa jadi yea? Tettttt.... fikir le sendiri. 1st nak kongsi menu faveret my hubby. Tuan empunya resepi tak lain dan tak bukan Cikgu Hana. Tapi kopipes dari dapur kak nor yang comel itu.  Dia  buat minggu lepas tu yang tak tertahan untuk merasai keenakannya. Kebetulan pula masa pergi tesco extra semalam depa tengah susun daging tempatan. Jadi banyak le pilihan dan yang dipilih pastinya yang paling sikit lemak. Kepada sesiapa yang suka makan cili tu, rugi kalau tak cuba resepi ni. Betul tak hana & kak nor? Hehehe aku pun dulu kureng makan cili ni tapi bila dah dapat mamat cili jadi layan je la.
RESEPI DAGING GORENG BERLADA
resipi : hanamemories.blogspot.com
source : K.Nor@SecubitGaram

Bahan-bahan
  • 500g daging - rebus empuk dan hiris nipis
  • serbuk kunyit dan garam
  • *5-6 tangkai lada merah - bleh campur lada kering
  • *4 biji cili padi merah - ikut kepedasan masing2
  • *4 biji bawang merah
  • *2 ulas bawang putih - >> semua bahan * kisar@tumbuk agak kasar
  • 1 inci halia ketuk
  • sedikit jus limau atau air asam jawa
  • garam dan sedikit gula@perisa (optional)
 Cara-cara
  1. Gaul daging dengan garam dan juga serbuk kunyit. Panaskan minyak, goreng deep fry hingga garing. Kalau nak goreng basah pon boleh.. tak perlu sampai garing. Angkat dan toskan.
  2. Toskan minyak tinggalkan dalam 2-3 sudu besar.. Masukkan bahan kisar@tumbuk dan juga halia... tumis hingga pecah minyak. Masukkan air asam jawa@jus limau.. Kacau.. Perasakan dengan garam dan juga gula@perisa. Akhir sekali masukkan daging goreng dan kacau rata. Matikan api.
  3. Hidangkan dengan nasi putih hangat.

15 comments:

K.Nor said...

dah siap satu homework ya.. keep it up.. teruskan jadi anak murid cemerlang hehe

lina said...

salam kak sam - sedap nampak nya daging goreng ni...dan mmg kegemaran lina.

Kak Sam said...

K. Nor TQVM. Target pereksa nanti nak dapat no.1. Hahaha

Lina
Memang best sgt. Mesti cuba yea.

Ida Ddapur said...

suka makan pedas2 gini...tapi en.asben kureng kalau pedas sgt..jadi ida pun jarang msk pedass sgt...nmpk sedap la k'sam,...tu dia cili..penuh atas

izahdaut said...

woww best nyer..hubby suka sangt la klu lauk daging cam ni..sedap sedap

sahromnasrudin said...

assalamualaikum..

teruja tgk masakan itu..pasti sedap apabila dimasukkan ke mulut..

btw, saya folo blog ini

HaSue said...

memang sedappp jer nampak daging goreng berlada nih..bilaa laa nak buat nih lahaii...
mintak seperiuk kak sam!

Mr. Mama said...

salam......
mr.mama follow dgn add blog list ya....

hana said...

assalamualaikommmmmmm... *stail budak meraban raya nk mintak duit! kekekekeee.... akak tahan pedas tak?? kite nih mmg antu cili.. klu buat sambal kicap semangkuk cili!! tak main ar dua tiga bijik! ya rabbi eksennnn ko! org kata sajer carik penyakit! hihihihihi.... thanx kak yer sudi try... ngencesss tgkbdaging akak!

Kak Sam said...

Ida kita bedua ni tonggang terbalik ye. Ida makan pedas, en asben kurengg. Saya plak kureng, en asben ya amat le pemedas. Pandai2 le adjust ye. Janji bahagia. Hehehehe

Kak Sam said...

Wasalam sahrom. Tq kerana sudi bertandang. Huish memang sedap masuk ke mulut. Kalau masuk ke mata mmg sengsara.

Kak Sam said...

Hasue mai le ambik. Oppppss tinggal pinggan je le. Ada surprise 4 u. Tungguuuuu.....

Kak Sam said...

Mr. mama. TQVM... Suka..suka..suka

Kak Sam said...

Hana
Waalaikumsalam. Tn umah takde dah pi beraya. Sok mai lagi ye. Kita ni tahap kepedasan sedang2 je. Kalau ikut tekak en asben berair gak le mata yang kuyu ini. Hahaahaha

momma said...

sedap banget!