MY IKLAN

MY IKLAN

Tuesday, February 8, 2011

Kacang Panjang Goreng Bersama Telur

Assalamualaikum...
Rasanya minggu ni setiap kali makan akan bersayurkan kacang panjang sebab my lovely MIL telah memborong kacang panjang dan membahagikan secara sama rata kepada anak2 untuk dibawa pulang ke rumah masing2. Memang banyak. Kalau sekali masak 5-6 jurai memang jenuh le nak menghabiskannya. Untuk memastikan ianya tidak layu di tasik madu jadi kena le masak hari2. Tapi kira ok le tu sebab boleh mempelajari kepelbagaian masakan kacang panjang ni. Mula2 cuba resepi yang diambil dari MyR. Alhamdulillah licin jugak le piring tu. Kepada sesiapa yang nak kacang panjang free bagitau ye.


RESEPI KACANG PANJANG GORENG BERTELUR
Tq Jue Hussin

Bahan-bahan ( 2 orang makan )
  • Kacang panjang (dalam 5 batang)
  • 2 biji telur ayam
  • 1 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih 
  • 1 biji cili merah ~ saya tambah
  • Kicap secukup rasa ~ saya tak letak
  • 2 sudu besar minyak masak 
  • Sedikit garam ~ saya tambah
Cara-cara
  1. Kacang panjang dipatah2kan sepanjang seinci
  2. Bawang merah & bawang putih di mayang
  3. Panaskan minyak dalam kuali & tumiskan bawang merah/putih yg dimayang tadi
  4. Setelah bawang agak layu, masukkan kacang panjang yg telah dipatah2kan tadi
  5. Kacau sehingga kacang panjang agak layu, pecahkan telur terus ke dalam kuali. Kacau2kan agar kacang panjang & telur bercampur.
  6. Apabila telur agak2 separuh masak, tuangkan kicap & kacau sentiasa supaya kicap akan menyaluti masakan. (kicap tu, agak2 la, jgn sampai hitam legam plak) Masuk garam dan cili merah. 
  7. Apabila telur dah masak, angkat & hidangkan. Masakan ni tak perlukan garam, sbb kicap tu dah memasinkan.

5 comments:

Love2cook Malaysia said...

Selalu masak kacang panjang dan french beans mcm ni. Memang favourite...

Akak masak sedapnyaaaaaa ;)

Mas said...

kak sam...ini la sayur yang mas paling suka....ratah macam tu jer pun tak pe...
sedappppppnya

nOOrsha said...

aunty sam...nuryn datang nak tolong basuh pinggan..kate nak jadi bakal menantu kan...wakakaka...

Kak Sam said...

Love
Tq..tq..tq

Mas
Nak ke? Nanti akak pos eehhh.

nOOrsha
nuryn sila...sila... jangan segan2 ye. Buat cam umah sendiri

MAY said...

best!blh try..smlm beli kacang panjang da..hehe...telur pun byk..lebihan kenduri..mertua dgn mak CM bg stok telur da..hehe...