MY IKLAN

MY IKLAN

Saturday, February 12, 2011

PENGUMUMAN...PENGUMUMAN

Assalamualaikum...

Pengumuman...pengumuman...
Kepada semua sifu2, adalah dimaklumkan bahawa Kak Sam dah pandai buat roti. 
 
Hahahahaha seronok giler. Masa baca n3 mimiey hari tu terfikir gak "awat la dia hepi sgt masa buat roti tu". Malam tadi dapat jawapannya. Memang teruja sangat bila tengok roti ni. Kegebuannya benar2 menawan kalbu. Dapat plak masa duk cubit roti tu mercun tengah berdentum dentam. Seolah meraikan kejayaan meroti pada malam tadi. Nak maki pun tak jadi. Ini 2nd time buat. Yang 1st time ari tu tak payah citer le ye. Ramai yang dah buat roti paun ni. Tapi biasa le kita ni masih naik Kancil lagi. Tak mampu nak kejar teman2 yang dah naik Honda. Bila tengok resepi ni teringat kat izahdaut. Tetttttt... tutup buku...tutup buku. Saya buat 1/3 daripada sukatan yang diberikan. Hehehehe senang telur sebiji. Bahan-bahan yang lain tu dibahagi 3. Memang mencabar le masa nak buat pembahagian tu. Siap guna kalkulator. Masa duk uli tu macam2 doa dibaca, takut hasilnya tak berbaloi dengan keringat yang dikeluarkan.  Alhamdulillah ketakutan meroti dah hilang, nampaknya kena buat tabung untuk kumpul duit beli BM. Jenuh jugak le nak uli manual. Moga dipermudahkan olehNya. Saya kopipes dari dapur hana. Sumber semua dah tau kut. Tq..tq..tq...

~Masa ni dah senyum sikit~
RESEPI ROTI PAUN
by : kakdiana@resepikeluargadiana
source : kaksuzi@perutkenyang
copy from hanamemories

Bahan-bahan

* 6 cawan tepung gandum - guna tepung roti
* 1 ¾ cawan susu cair/ susu segar
* ¾ cawan gula halus
* 1 paket (11 gm) yis
* 3 biji telur
* ¼ cawan mentega, dicairkan - guna marjerin sama ngan kak.suzi
* sedikit pewarna kuning Nota: Semua bahan kat atas ni saya bahagi 3.

~Masa ni memang tawakal je la~
Cara-cara
* Campurkan susu cair/ susu segar, telur, gula dan yis. Kacau sehingga sebati dan biar yisnya berbuih sedikit.
* Kemudian campurkan mentega yang telah dicairkan dan sedikit pewarna kuning.
* Masukkan tepung kedalam bread machine dan uli sehingga ia menjadi doh yang lembut dan sebati.
* Perapkan adunan sehingga ia naik dua kali ganda. Bila adunan telah naik dua kali ganda tumbuk doh dan uli lagi.
* Kemudian ambil setiap doh adunan seberat 80 gram dan bentukkan bulat.(hana timbang 50g je) ~ saya bahagi 6 lebih kurang 75gm.
* Sapukan loyang bulat dengan mentega dan susun doh yang telah dibulatkan ke dalam loyang.
* Perap lagi doh sehingga ia naik dua kali ganda. Setelah doh naik letakkan sedikit mentega diatas doh roti. Bakar dalam ketuhar pada suhu 160 – 170’C selama 20 minit sehingga ia kekuningan.
~Masa ni tersenyum girang~

~Masa ni panjatkan syukur pada Ilahi~


26 comments:

Mas said...

jomm kita tepuk tangan ramai2 kt kak sam...
tahniah kak...cantik dan gebu roti tu...
nnti akak beli la bm...senang meroti kak...
mas dah tahu mcm mana perasaan tu sebab mcm tu gak mas rasa masa roti mas menjadi....rasa seronokkk sangat....

anymz said...

hahaha..lawak pulak akak baca n3 hari ni..eh!..akak tgk sam lupak letak link ke blog hana tu..nnt edit balik ek..

pepun tahniah..tahniah..sambil shake2 hand dgn sam ni hah di iringi bunyi mercun dgn bunga api..
memang rasa seronok bila first time buat roti menjadi ni..masa mula2 akak meroti dulu camtu jugak lah..hehe

izahdaut said...

hahhaaa..nak gelak lak yang tett tutp buku tu..sabau je la..

tahniah taniah dah berjaya meroti..seronok kan kan kan kan.. kadang2 seronok je lebih..sampai lupa nak makan..hehee..tu saya la tuu

~Norul Mas Hana ~ said...

wahh kak sam...
tahniahhh!!
saya teringin jgk nak meroti, blom sampai masanya lagi..hehe..takut x jadi jgk..huhu

kak Erna said...

as salam sam..memang betul dah pandai la..nampak cantik je naik nya..
ni yang bagi akak semangat ni..

Nieza said...

tahniah kak sam dh pandai meroti....nanti blk penang nk pi umah akak mkn roti..hehehe

NoorMasri said...

wah....tahniah...mmg nampak kegebuan roti itu.....

lina said...

kak sam tahniah ekkk

mmg nampak gebu sgt

Mimiey.. (^-^) said...

hehehheheh...tahniah kak sam!!!! dh tau kan nape mie sgt hepi bila roti yg kita buat menjadi...puas hati xleh nak kata...papepun,mesti semangat roti dh makin menebal...pasni mesti rase nak meroti lagi kan...kan...kan...hehehehhe

Kak Sam said...

Mas..
Memang semangat ni nak beli BM. Tapi bila semak balik senarai keperluan. macam lambat je lagi.

Kak Sam said...

Kak anymz
Tq..tq..tq...
Masa duk mengayat tu mmg nak link pada semua nama yang ada. Tapi sbb nak bekejo pegi pasar punya pasal terus terlupa. Minta ampun minta maaf ye pada tn empunya resepi.

Kak Sam said...

Izah...
Kena pastikan ianya licin. Penat tu nak buat. Pagi tadi buat breakfast.

Kak Sam said...

Norul...
Lepas yang 1st time buat x jadi ari tu mmg fobia. Tapi mana tahan tengok kat dapur umah org semua roti gebusss je. Jadi kuatkan semangat. Alhamdulillah tak sia2. Usaha tangga jaya. Hehehehe. Norul BOLEH.

Kak Sam said...

Kak Erna..
Semangat..semangat...semangat. Kak Erna BOLEH!!!

Kak Sam said...

Nieza..
No problem. Bagitau tarikh & masa je. Konfiden tu.

Kak Sam said...

K Noor & Lina
Tq...tq...tq

Kak Sam said...

Mimiey...
Memang pun. Tapi tunggu lenguh2 kat tangan hilang dulu.

mokwonik said...

teringat mokwo punya excitement bila meroti dulu2..hihi terlompat2
tapi kan ikhlas mokwo kata kat sam...yur roti is so pretty gebusss!!! worth all d effort!!

mokwonik said...

pesan mokwo..kalau nak beli BM..belilah jenama yg ok skit spt kenwood ke....jgn beli yg murah..nanti roti tak cantik!!
sekian sahaja pesanan penaja

Kak Sam said...

tq mokwo.. aritu mmg dah usha kenwood. Tu yang kena buat tabungan dulu.

fara dean said...

WOW!! Tahniah!!
sy smpi skrg tak berani lg nak meroti..sbb tgn tak kuat menguli..haha!! boleh order ni..hihi

Kak Sam said...

Fara
Insyaallah 1 hari nanti mesti boleh punyer.

K.Nor said...

wahhh... dah pandai buat roti.. ingatkan apa la pengumuman tu.. apapun tahniah!! buat roti by hand lg best tau dr guna bibik melayu tu. cuma masa dan tenaga kita jimat sket la kalau guna BM

agaknya lepas ni berkobar2 semangat nak meroti lg kan :)

hana said...

tahniah kaksam...... clap2 sejuta kali... hihi... sronok kan kak kan dpt buat roti sendri...nanti lg sronok biler dah ade bm lg la kije nk meroti.. lepas nih mmg kedai roti tk laku! hihihihi

Kak Sam said...

K Nor
Tq..tq..tq
Ni semangat tengah berkobar2 sgt. Dapat plak blog yg sya follow duk tayang mak nenek roti. Lagi le tak tahan. Kalau ikutkan semua nak dibuat. Hehehe.. larat ke. Jgn hangat2 tahi ayam udah le. Kan kak?

Kak Sam said...

Tq. Udah2 le tu. Berenti clap2 tu. Penat. Sian kat tangan tu. Nanti tak bleh nak ambik gambo2 cantik. Sapa yg susah? Akakkkk jugakkk.