MY IKLAN

MY IKLAN

Friday, February 11, 2011

ROTI POKET

Assalamualaikum....
Masa nampak roti ni kat dapur kak anymz terus jatuh chenta. Simpan dulu kat list. Pas tu nampak plak mas buat lagi  le tak tahan. Menu ni buat hari rabu lepas sebab abg long ada tuisyen pukul 8 jadi kena masak seringkas mungkin. Bila tanya, dia kata nak makan roti sosej. Apalagi ini le peluang nak siapkan homework. Tapi saya masukkan sosej yang telah direbus dan dipotong kecil. Letakkan sos dan mayonaise. Mulanya abg long menolak kerana itu bukan makanan yang dimintanya. Alhamdulillah setelah dipujuk dia makan dan tak sedar habis 2 poket. Hehehehe seronok rasanya. Kepada tuan empunya resepi minta izin ye kopipes kat sini.

RESEPI ROTI POKET
Tq to CMG, Kak Anymz & Mas

Bahan2
  • 8 keping roti(rakyat akak ramai.korang buat ikut bilangan rakyat memasing lah ya)
  • 1 tin sardin
  • 1/2 biji timun
  • 2 biji tomato bulat
  • sedikit mayonis
  • sedikit garam jika suka
  • 1/2 labu bawang besar di potong dadu
  • bbrp biji hirisan cili padi-anak2 akak suka pedas
cara buat inti ~ saya tak buat inti ni
  1. Keluarkan sardin dari dlm tin.keluarkan sosnya.
  2. Sardin di hancurkan dan gaul bersama bahan2 yg lain kecuali roti.cara ini sama macam kita buat sandwich sardin.
bahan2 roti
  • Roti
  • Serbuk roti
  • 1 biji telur-di kocakminyak untuk menggoreng
Cara-cara menyediakan roti poket
  1. Sediakan dua keping roti
  2. Lenyek roti dengan roller
  3. Tekan roti dgn penutup termos atau apa2 acuan bulat yg sesuai
  4. Jadi kan roti berbentuk bulat dan kemaskan
  5. Celup roti ke dalam telur yang sudah di kocak
  6. Mandikan telur yang bersalut telur dgn serbuk roti/bread crumb
  7. Kemudian goreng 
  8. Toskan minyak

Cara isi inti
Roti yang sudah di goreng,di gunting dua.sebaik ia di gunting,roti akan tersedia berbentuk seperti poket. Isi bahan inti dan sedia untuk di hidangkan.

Tips
Selain dari sardin bahan2 inti boleh juga di tukar dgn sausage,isi ayam yg di potong kecil2. Ikut suka puan2 lah ya. Akak nak cepat,akak guna sardin je, akak suka makan mcm tu je tadi. Cuba lah. Enak di makan dgn cheesy sos,sos mayonis atau cili sos.





3 comments:

Unknown said...

wah kak sam sedapnya roti poket ni..nk 2 ketoi nk minum ptng ni..ehehehe

Mas said...

kak sam...sedappkan roti poket ni...
mas suka...
wakakaka..bebudak ni kena paksa baru makan..kan kak..sama macam anak2 mas

Kak Sam said...

Nieza..
Tunggu sat ye. Jap lagi akak pi hantar. Buat teh tarik siap2 ye.

Mas
Betul tu. Memang kena banyak besabar ngan anak2 ni. Yang penting depa mau makan.